Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AMARAN PEGUAM TENTANG MURTAD

Peguam beri amaran jangan label 12 Muslim diperiksa Jais murtad

August 24, 2011
 
KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Peguam bagi 12 hadirin beragama Islam pada satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama memberi amaran agar tidak melabel anak guaman mereka sebagai murtad ketika media prokerajaan mendakwa mereka hendak dimurtadkan oleh masyarakat Kristian.

Muhamad Burok berkata mendakwa mereka meninggalkan kepercayaan Islam adalah satu perbuatan salah di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.

“Saya ingin mengingatkan setiap orang supaya mengelak daripada menuduh mana-mana Muslim sebagai murtad, yang merupakan salah bentuk kesalahan takfir,” kata beliau.

“Kesan malang daripada kontroversi ini ialah sentimen-sentimen publik dimuatkan dalam beberapa media cetak dan elektronik termasuk blog yang bertujuan mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat Malaysia,” kata Muhamad dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Katanya, sesetengah penerbitan bertindak dengan tidak bertanggungawab sehingga mendedahkan identiti mereka, tindakan yang mendedahkan mereka kepada keaiban dan ancaman keselamatan diri masing-masing.

Sehubungan itu beliau meminta media tidak membuat laporan sedemikian dalam usaha meredakan ketegangan agama.

“Kepada agensi-agensi penguat kuasa dan pegawai-pegawai mereka, kami meminta agar standard tinggi profesionalisme, integriti dan kerahsiaan dipertahankan,” kata beliau.

Gereja Methodist Damansara Utama menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jais melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu pada 3 Ogos lalu.

Tindakan Jais itu mendapat bantahan banyak pihak namun dipertahankan Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menegaskan terdapat usaha untuk memurtadkan umat Islam dalam program itu.

Beberapa blog menyiarkan rakaman video yang diambil ketika serbuan Jais di gereja tersebut, menunjukkan wajah beberapa hadirin beragama Islam.

Susulan siasatan Jais, kerajaan negeri Selangor akan mengaturkan satu pertemuan Jawatankuasa Pendengaran, diketuai oleh Menteri Besar Selangor di Shah Alam esok.

Jawatankuasa itu turut dianggotai Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid dan timbalannya Datuk Abd Majid Omar.

Panel tersebut ditubuhkan untuk menyelesaikan segala pertikaian yang berlaku ekoran isu tersebut.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.