Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APA SALAH KASI KAYA KRONI


Isnin, 15 Ogos 2011

Kes Tajuddin: DAP mahu SC bertindak ke atas GLC


KUALA LUMPUR, 15 Ogos - DAP hari ini menggesa Suruhanjaya Sekuriti (SC) bertindak terhadap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang telah diarah agar menggugurkan kes saman berbilion ringgit ke atas Tan Sri Tajuddin Ramli memandangkan telah gagal mendedahkan butiran perkembangan tuntutan pihaknya ke atas bekas pengerusi eksekutif Malaysian Airlines (MAS) itu.

Setiausaha Publisitinya Tony Pua berkata, arahan Putrajaya supaya menarik balik tuntutan mereka seharusnya telah didedahkan dengan segera kepada Bursa Malaysia memandangkan tuntutan saman dan kes saman balas melibatkan berbilion ringgit.

"Lembaga Pengarah syarikat-syarikat ini seharusnya dengan segera menyatakan pendirian mereka berikutan surat daripada (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri) Nazri (Aziz) bagi membolehkan para pelabur khususnya pemegang saham minoriti mempertimbangkan opsyen pelaburan mereka," kata Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kelmarin, Penasihat DAP Lim Kit Siang menggesa kesemua GLC  mendedahkan butiran kes-kes saman dibawa ke atas Tajuddin.

Sambil mempertikaikan kredibiliti pentadbiran Najib, Lim berkata, campur tangan dalam kes saman berbilion Tajuddin itu mirip "penyelamat kepada segala (usaha) menyelamatkan Umnoputra."

"Keyakinan awam sangat terjejas dengan campur tangan ini dan rakyat Malaysia berhak untuk mendapatkan maklumat penuh mengenai kes-kes saman ini, laporan jenayah (siasatan antirasuah) yang GLC buat ke atas Tajuddin, jika rakyat Malaysia mahu diyakinkan bahawa tindakan campur tangan dalam kes Tajuddin tidak akan menjadi penyelamat kepada segala usaha menyelamatkan Umnoputra," kata beliau.

Bagaimanapun selepas maklumat surat itu terdedah, Nazri mempertahankan langkah pentadbiran Najib dengan berkata ia tidak menyentuh soal menyelamatkan beban hutang di pihak Tajuddin, sebaliknya hanya satu syor agar GLC mempertimbangkan penyelesaian di luar mahkamah.

Ketika mengulas isu itu Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata langkah tersebut hanya satu penyelesaian positif.

Dalam kenyatannya hari ini, Pua berkata, kesemua GLC termasuk Telekom Malaysia, Axiata Group, CIMB Bank, Atlan Holdings dan MAS telah gagal untuk membuat pengumuman awam sejak isu itu muncul seminggu lalu.

Kata Pua, peraturan Bursa Malaysia menekankan bahawa kegagalan memaklumkan pembangunan semasa dengan segera boleh menyebabkan syarikat terbabit dan lembaga pengarah dan pegawai-pegawainya kepada  denda di bawah Akta Syarat-syarat Penyenaraian dan Industri Sekuriti.

Malah menurut Pua, campur tangan kerajaan akan menjejaskan keyakinan pelabur-pelabur dalam pasaran saham jika pengarah-pengarah GLC tidak bertindak mengikut kepentingan syarikat.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.