Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APA SUDAH JADIK ?

Nuffnang Ads

Rabu, 17 Ogos 2011

Kementerian Pelajaran HANCUR, Muhyiddin tak kisah


"Semakin hancur pengurusan Kementerian Pelajaran sekarang ini. Dari skim kenaikan pangkat yang tidak adil, dah boleh pula ajar balik Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, ambil 300 guru Bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat macam orang Malaysia ni tak pandai ajar BI, sistem SAPS yang mendera guru, 6 bulan guru ganti tak dapat gaji, sekolah bocor lebih 2 tahun belum baiki, ramai guru sakit jiwa dan macam-macam masalah.
 

TAK SANDANG GPK JADI GURU BESAR 
 
17 Ogos 2011 - SAYA Guru Penolong Kanan (GPK) sekolah rendah. Mula dilantik pada 2002 dengan Gred DGA32 Hakiki. Tahun 2003/4 mengikuti kursus Pengurusan (NPQH) selama setahun di IAB. Tahun 2005 hingga 2008 mengikuti Ijazah Pengurusan Pendidikan di UPSI. Sehingga sekarang 2011 masih GPK di sekolah rendah.
 
Manakala seorang guru DGA29, 2/3 tahun menjawat DGA32(KUP), tidak pernah memegang jawatan GPK kini dilantik Guru Besar DGA34. Persoalannya apakah ini KPI yang betul memperkasakan pengurusan sekolah? Adakah saya akan terus menjadi GPK sampai pencen? GPK 41 (KUP), Kepong.
 
 
SYOR SEKOLAH DIBERI PILIHAN AJAR SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS 
 
16 Ogos  2011 - Kerajaan sedang menimbangkan cadangan untuk membenarkan sekolah memilih sama ada menggunakan bahasa Melayu atau Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik. 
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana Kementerian Pelajaran tidak mahu kelonggaran itu nanti menjejaskan pelaksanaan dasar Memartabat Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).
 
 
300 GURU PAKAR BAHASA INGGERIS DIBAWA MASUK: MUHYIDDIN  

6 Mei 2011 - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan akan membawa masuk kira-kira 300 penutur jati bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat bagi membimbing para pelajar tempatan dalam mata pelajaran bahasa itu mulai tahun depan.  Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata pakar Bahasa Inggeris itu akan ditempatkan di sekolah-sekolah yang diletakkan dalam kategori Band 6 dan 7. 
 
"Program itu akan mula dilaksanakan pada 2012 dengan kos hampir RM18 juta," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Pendidikan Melaka 2011, di sini, hari ini. http://www.bharian.com.my/articles/300gurupakarBahasaInggerisdibawamasuk_Muhyiddin/Article/  
 
KETIDAKADILAN PEMBAHAGIAN NOTEBOOK 1MALAYSIA ! 
 
11 Ogos 2011 -Saya bagi pihak penjaga salah seorang pelajar dari Sekolah Dato’ Undang Haji Adnan, 71350 Kota, Negeri Sembilan ingin mengadu tentang ketidakadilan pihak sekolah dalam membahagikan notebook 1Malaysia kepada pelajarnya.  
 
Saya berkata demikian adalah kerana ada pelajar yang berasal dari keluarga yang berkemampuan menerima telah bantuan tersebut. Penjaga kepada pelajar tersebut merupakan seorang guru manakala ibunya masih bekerja.
http://www.aduanrakyat.com.my/ketidakadilan-pembahagian-notebook-1malaysia  
 
TIADA LAGI ELAUN PERPINDAHAN BAGI CIKGU !  
 
10 Ogos 2011 - Banyak pendedahan pembaziran wang negara telah didedahkan. Dari ketirisan dalam perbagai sektor dan perbagai peringkat hinggalah kepada pembaziran Keluarga Perdana Menteri Malaysia itu sendiri. 
  
Terbaru kelompok guru ini telah didera dengan 'dihilangkan' elaun perpindahan buat mereka.  Bayangkanlah guru-guru ini yang semenjak habis pengajian terus dengan rela dicampakkan ke pendalaman sejauh Borneo tetapi setelah ada yang lebih 12 tahun di sana dan apabila bertukar ke Semenanjung tidak diberi sebarang elaun untuk pindah.  
 
SISTEM KOMPUTER KEMENTERIAN PELAJARAN MENDERA GURU  
 
5 Ogos 2011 - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta Unit Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kementerian Pelajaran melakukan penambahbaikan segera terhadap Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang didakwanya bermasalah. 
 
"MEREKA (GURU-GURU) BUKAN TIDAK SANGGUP MEMATUHI TUGAS MEREKA, NAMUN SISTEM BERKENAAN MEMANG BERMASALAH SEHINGGA MENYEBABKAN MEREKA TERPAKSA MENUNGGU BERJAM-JAM UNTUK KEY-IN DATA PEPERIKSAAN SETERUSNYA MENYEBABKAN MEREKA TERTEKAN. http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/8/5/mstar_berita/20110805133144&sec=mstar_berita  
SISTEM SAPS BANYAK MASALAH 
 
6 Ogos 2011 - SAYA bersetuju dengan komen oleh ‘Norhisham Mohamad, Alor Setar’ mengenai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) seperti disiarkan dalam ruangan ini pada 30 Julai lalu, bertajuk ‘kewujudan SAPS bebankan guru’. Kami baru diperkenalkan dengan sistem ini pada 25 Julai lalu. Sudahlah kami hanya diberikan modul saja tanpa diajarkan sistem ini sepenuhnya. 
 
Sistem ini hanya boleh dibuka bila tidak ramai orang dalam talian iaitu, biasanya selepas jam 3 pagi. Kami terpaksa menunggu sehingga pagi semata-mata untuk mengisi markah ujian 1, peperiksaan pertengahan tahun, menentukan nilai letak kerja (TOV) dan jangkaan hasil sasaran akhiran (ETR) setiap pelajar. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SistemSAPSbanyakmasalah/Article
 
EMPAT BULAN GURU TAK DE GAJI, KERAJAAN BN 
  
9 Ogos 2011 - Saya pernah berkhidmat sebagai guru ganti KGSK di Sungai Petani, Kedah ingin mohon dijelaskan tuntutan bayaran gaji bulanan guru ganti (KGSK) yang tertangguh selama 4 bulan berturut-turut.kami para guru yang telah berkhidmat sebagai guru ganti KGSK di Sungai Petani, Kedah mengalami pelbagai masalah kewangan seperti masalah pembayaran pinjaman pelajaran, kereta, dan keperluan harian lain.
http://www.aduanrakyat.com.my/tuntutan-gaji-daripada-ppdkmy   
 
SETENGAH TAHUN BERLALU, GURU GANTI BELUM DAPAT GAJI
 
SAYA ingin melahirkan rasa tidak puas hati dan sangat kecewa dengan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Gombak, Selangor dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Saya tidak tahu siapa yang harus saya persalahkan antara kedua-dua agensi ini memandangkan kedua-duanya terikat antara satu sama lain. Saya merupakan bekas Pegawai Sambilan (Guru Ganti) di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Daerah Gombak mulai 25 Januari 2011 sehingga 24 April 2011. Ini bermakna saya telah berkhidmat di sekolah tersebut hampir tiga bulan. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0714&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm

TERENGGANU KAYA, NOTEBOOK PERCUMA TAPI SEKOLAH BOCOR  
 
15 Ogos 2011 - Tingkat atas salah satu blok bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Gong Kapas di sini yang terpaksa dikosongkan akibat kerosakan bumbungnya LEBIH DUA TAHUN LALU sehingga kini masih belum dibaiki. Malah dengan keadaannya yang terbiar begitu sahaja SEMENTARA MENUNGGU KELULUSAN DAN PERUNTUKAN, keadaannya semakin buruk apabila banyak atap pecah dan air hujan bertakung.  
 
Berikutan masalah itu, LEBIH 100 MURID TAHUN DUA, TIGA DAN J-QAF TERPAKSA DITEMPATKAN KE KELAS LAIN TERMASUK DI BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP (KH) serta muzik di sekolah yang pernah merangkul anugerah Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2009 itu. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0816&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_03.htm   
RAMAI GURU SAKIT JIWA 
 
Profesion perguruan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan mental. BEBANAN kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan. 

Justeru, guru-guru dikatakan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan sehingga boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan. 
 
MENURUT Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Nor Zuraida Zainal, setiap tahun dianggarkan 22,000 pesakit mendapatkan rawatan di klinik dan wad psikiatri hospital berkenaan. Kira-kira 10 peratus daripada mereka terdiri daripada golongan guru.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.