Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Bakaaaaaaaar !!!! Ibu pejabat DAP P.Pinang

Ibu pejabat DAP Pulau Pinang jadi sasaran dibakar

TERKINI @ 12:35:37 PM 18-08-2011
August 18, 2011
Lim menyifatkan perbuatan itu sebagai kerja pengecut. — Foto fail
KUALA LUMPUR, 18 Ogos — Ibu pejabat DAP Pulau Pinang di George Town terus menjadi sasaran kerja-kerja vandalisme, kes terbaru awal pagi ini menyaksikan premis itu dibakar oleh pihak tertentu.
 
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan perbuatan itu sebagai kerja pengecut kerana baru empat hari lalu ia disimbah dengan cat merah.

“Serangan pengecut, cuba membakar ibu pejabat DAP Pulau Pinang awal pagi ini. Hanya empat hari selepas cat merah disimbah ke atas ibu pejabat DAP dan pusat khidmat Ng Wei Aik. Tolak keganasan,” katanya. DIfahamkan ia dibakar sekitar 2 pagi tadi.

Ng merupakan Setiausaha DAP Pulau Pinang dan Setiausaha Politik kepada Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Ng berkata DAP dimaklumkan oleh seorang belia Melayu yang tinggal di kawasan berhampiran mengenai kejadian itu.

“Kami percaya bahawa kesemua serangan ini ada kaitan dan ia dilakukan oleh mereka yang tidak gembira dengan larangan penggunaan pembesar suara,” kata beliau merujuk kepada arahan dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Pulau Pinang baru-baru ini.

Isu itu dimainkan oleh media dikawal Umno kononnya ia bukti kerajaan negeri pimpinan DAP menafikan hak Muslim.

Ng menambah jiran itu memberitahu bahawa seorang lelaki yang menaiki motosikal meletakkan kenderaannya di depan ibu pejabat DAP dan apabila dia meninggalkan kawasan itu akhbar-akhbar di luar premis terbakar.

Kata beliau pasukan forensik sudah pun menyiasat lokasi kejadian.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.