Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BANYAK SASARAN KALI NIH

Ops Sikap 24 sasar penurunan

PETALING JAYA – Hasil kajian Cawangan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati, purata kemalangan maut semasa Ops Sikap adalah 15 kematian sehari iaitu penurunan sebanyak tiga kes berbanding hari biasa.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, sepanjang tempoh Ops Sikap berlangsung, ia menunjukkan penurunan walaupun kenderaan di jalan raya meningkat tiga kali ganda semasa musim perayaan.


“Ini menunjukkan Ops Sikap yang dijalankan PDRM dapat mendidik orang ramai supaya lebih berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan,” katanya semasa berucap di majlis Pelancaran Ops Sikap ke-24 dan Kempen Rumah Selamat Tahun 2011, di sini semalam.


Menurutnya, Ops Sikap ke-24 sempena Hari Raya Aidilfitri bermula hari ini sehingga 6 September dan PDRM mensasarkan penurunan sebanyak 5 peratus berbanding operasi sebelum ini.


Untuk itu katanya, seramai 10,000 pegawai dan anggota ditugaskan di seluruh negara pada Ops Sikap kali ini


PDRM menetapkan kehadiran polis di 40 lokasi di lebuh raya dan 160 di jalan persekutuan.


Khalid berkata, saman ekor tetap dilaksanakan dan pihaknya akan mempamerkan kamera perangkap laju kepada pengguna jalan raya.


“Pendekatan kali ini kita tidak perlu menyorok sebalik tiang, pokok dan balik semak kerana kita menggunakan kamera baru yang lebih efisien.


“Kita akan letakkan tanda amaran awal di kawasan kamera dipasang tetapi jika masih ingkar, kami akan saman,” katanya.


Dalam pada itu, Khalid berkata, operasi kali ini bertujuan untuk memberi kesedaran serta mendidik pengguna-pengguna jalan raya.


“Kita ambil pendekatan memberi peringatan, menasihati dan tingkat kesedaran kepada orang ramai,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.