Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BUKAN SUKA-SUKA KASI TUMBANG TAPI TERPAKSA



Umno Gagal Laksana Perlembagaan Dengan Betul, Dakwa Tn.Guru Abd Hadi Awang

\


17 Ramadhan 1432H,


KUALA LUMPUR 17 OGOS : Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa Umno telah gagal melaksanakan dasar Perlembagaan Persekutuan terutamanya dalam memartabatkan orang Melayu dan agama Islam.

Dalam buku Konsep Asas Negara Berkebajikan yang dilancarkan baru-baru ini, Presiden PAS berkata, Umno yang menjadi parti teras Barisan Nasional (BN) juga tidak menunjukkan contoh ajaran Islam kepada orang bukan Islam.

“PAS menegaskan bahawa Umno tidak melaksanakan dasar dan semangat Perlembagaan Persekutuan dengan betul dan sempurna maka mereka gagal memperkasakan Melayu dengan Islam dan menunjukkan contoh Islam khususnya kepada bukan Islam sehingga menunjukkan dan mengizinkan sikap bermusuh dengan berbagai kaum.

“Umno juga tidak menyelamatkan raja dan meninggikan mereka ke tempat yang sebenar tetapi menjadi pengampu yang merosakkan institusi raja-raja yang boleh mencetuskan kebencian rakyat kepada raja-raja,” katanya dalam buku yang dilancarkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tambah beliau : “Umno juga tidak memperkasakan bahawa Bahasa Kebangsaan menjadi bahasa ilmu dengan tidak menyedari bahawa tidak ada negara yang maju dengan bahasa asing, walau bahasa asing adalah bahasa menambah ilmu.”

Kata Tn,Guru Abd Hadi, sepanjang 54 tahun memerintah negara Umno gagal memperkasakan Bumiputera supaya setaraf dengan kaum-kaum lain di negara ini.

“Walaupun memimpin negara lebih daripada 50 tahun dengan sumber yang ada, namun Umno gagal memperkasakan Bumiputera setaraf dengan kaum lain dan masih ramai kaum lain yang dibelenggu dengan kemiskinan angkara pemimpin mereka yang bersekongkol dengan Umno.

“PAS wajib menyelamatkan negara supaya kembali kepada asasnya yang tepat mengikut penafsiran Islam yang sebenar dengan persefahaman yang adil bersama pihak lain,” katanya.

Tn.Guru Abd Hadi memilih tema “Membangun Negara Berkebajikan” dalam ucapan dasarnya pada muktamar parti itu Jun lalu. Ia lanjutan daripada tema manifesto PAS ketika pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun pemimpin Umno-BN mengkritik pendekatan itu sambil mendakwa PAS sudah mengabaikan agenda negara Islam.

Buku ini dikeluarkan sebagai saluran menjawab kritikan itu.

Pemimpin-pemimpin Umno-BN juga mendakwa PAS meniru pendekatan negara berkebajikan yang diamalkan pentadbiran BN sejak lima dekad lalu.

Tn.Guru Abd Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang memberitahu, konsep negara berkebajikan yang dibawa PAS meliputi urusan hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan Tuhan.

“...dengan merujuk kepada maksud kebajikan itu dengan erti katanya yang sebenar menurut pandangan Islam.

“Negara yang kita mahu ialah yang juga menumpukan kepada kesejahteraan spiritual dan akhlak serta pembangunan rohani yang dihubungkan dengan pegangan agama yang mampu untuk memandu kehidupan rakyat di bawah jagaan kita,” katanya.

Menurut Hadi, negara berkebajikan bukan boleh diisytiharkan secara tempelan semata-mata seperti mana yang didakwa BN.

“Tetapi kewujudannya mestilah mengikuti konsepnya yang jelas, pengisiannya yang tulen dengan dipimpin oleh tenaga kepimpinan yang memenuhi ciri kepimpinan dan negara yang sebenar.

“Masa sudah tiba kepada seluruh rakyat untuk keluar dari ketidakadilan, kebejatan amalan rasuah serta salah guna kuasa dan pemikiran songsang yang ada dalam kepimpinan negara masa kini,” katanya.

Tambah beliau, PAS bersedia berbincang secara ilmu dan tanggungjawab dengan semua pihak bagi kepentingan rakyat dan negara.-MI

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.