Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BUKTIKANLAH !

Isu gereja: PAS Selangor akan panggil Hasan Ali, tuntut penjelasan

TERKINI @ 02:55:29 PM 05-08-2011
August 05, 2011
Hasan akan diminta mengemukakan bukti wujud usaha memurtadkan orang Islam di sebuah majlis makan malam di Methodist Damansara Utama. — Foto fail 
 
SHAH ALAM, 5 Ogos — PAS Selangor menuntut penjelasan Exco Kerajaan Negeri Datuk Dr Hasan Ali berhubung dakwaan ada usaha mahu memurtadkan orang Islam pada satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya kelmarin. 
 
Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Khalid Samad berkata, selain itu pihaknya juga mahu menunggu laporan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengenai serbuan itu yang turut disertai polis.

“Kita harap ada kebijaksanaan dalam isu seperti ini. Kita simpan komen akhir sehinggalah dapat laporan Jais dan mesyuarat dewan (harian) bersama Hasan Ali untuk dapatkan penjelasan lanjut lagi.

“Kita nak tengoklah apa bukti yang dia (Hasan) kata ada itu,” katan beliau pada sidang media di pejabatnya di sini.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam memberitahu setakat ini, hanya Hasan yang mengaitkan program anjuran Harapan Komuniti dengan tujuan mahu memurtadkan umat Islam.

“Jais sebelum ini memberi alasan terdapat bukti penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

“Setakat ini , ‘kecuali satu’ tiada mana-mana pihak yang mengaitkan persoalan pengembangan agama bukan Islam terhadap penganut Islam,” tambah Khalid.

Kelmarin, kira-kria 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis Gereja Methodist Damansara Utama tanpa waran kira-kira 10 malam. Majlis itu dihadiri antara 100 hingga 120 orang dari pelbagai kaum.

Tambah Khalid, tuduhan mengaitkan sesuatu program dalam usaha untuk memurtadkan umat Islam perlu mempunyai bukti yang tepat sebelum didedahkan kepada umum.

“Menyertai program anjuran bukan Islam, tidak semestinya ia usaha untuk memurtadkan kita, mesti ada maklumat sahih yang lebih tepat, kita tidak boleh buat kesimpulan seperti itu

“Hadir dalam program itu tidak boleh jadikan kesimpulan untuk murtadkan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga ke Vatican untuk bertemu dengan Pope,” katanya.

Semalam Hasan mempertahankan tindakan Jais atas alasan ada bukti mahu memurtadkan umat Islam.

Beliau menegaskan, maklumat yang diterima menunjukkan terdapat kehadiran orang Islam pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan malam tadi.

Tambah beliau, pada majlis itu juga pihaknya dimaklumkan perkataan “al-Quran” dan “doa” diselitkan.

Hasan menambah, seramai 12 orang beragama Islam telah menghadri majlis tersebut tetapi tiada tangkapan dibuat. Mereka disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Menurut Khalid, beliau percaya penganjur program tahu akan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang mana menyebarkan agama lain kepada umat Islam adalah tidak dibenarkan.

“Dalam peruntukan (Perlembangaan Persekutuan) setiap orang bebas untuk mengamalkan agama masing-masing, tapi soal mahu mengajar atau menyebar ajaran agama lain kepada orang Islam adalah tidak dibenarkan.

“Saya yakin pihak gereja yang terlibat tahu akan perkara peruntukan-peruntukan ini, ia satu tuduhan yang cukup serius dan ia boleh mendatangkan implikasi yang cukup berat tapi kita harap tuduhan tak benar.

1 orang berkata:

Anonymous said...

rundingan dh dibuat sebelum serbuan..org PR pertikaikn asan ali org BN sokong asan ali...hehehe... yg melayu islam dlm majlis tu x takde rasa apepapon...nasi nko la asan ali...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.