Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAH TERLAMBAT !

MCA akan tingkat prestasi di Melaka pada pru - Mohd. Ali

24/08/2011 9:26pm

MELAKA 24 Ogos — Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, parti MCA diyakini akan meningkatkan prestasi pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang berasaskan maklum balas yang diterima sehingga kini.

Beliau berkata, parti itu yang diperuntukkan sebanyak lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua kawasan Parlimen daripada 28 kerusi DUN dan enam kawasan Parlimen keseluruhan, kini memperlihatkan peningkatan sokongan.

"Saya lihat secara keseluruhan ahli parti itu telah melakukan tugas parti dan mendekati para pengundi bagi PRU akan datang ini dan usaha ini mesti dilakukan secara berterusan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek di Seri Negeri di sini hari ini.

Dalam pertemuan lebih sejam itu, Mohd. Ali berkata, beliau telah berbincang secara am senario politik dan rangka kerjasama parti itu dan Barisan Nasional (BN) secara keseluruhan.

"Saya dan Dr Chua juga berbincang isu-isu yang digunakan oleh pembangkang pada masa kini dan bagaimana isu ini perlu diterangkan kepada pengundi untuk menangkis dakyah-dakyah mereka,” katanya. — Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.