Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DIA MENINGGALKAN BUAH TANGANNYA YANG AKAN DISAMBUNG

PAS: Pemergian Azizi kehilangan besar kepada negara

August 22, 2011
 
KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pemergian novelis terkenal Allahyarham Azizi Abdullah ke rahmatullah semalam satu kehilangan besar kepada kepada negara dan bangsa termasuk PAS.

Presiden PAS itu berkata Azizi seorang individu yang berjasa besar kepada parti tersebut termasuk sebagai tokoh yang terlibat secara langsung dalam menggerakkan parti Islam itu di pelbagai peringkat.

Katanya, Azizi juga seorang tokoh penulis yang dekat dengan masyarakat melalui aktiviti penulisannya. “Bagi pihak PAS, saya mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allayarham Azizi Abdullah di atas pemergian beliau ke rahmatullah. 

“Kita berdoa kepada Allah SWT semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan mendapat keampunan Allah,” katanya memetik Harakahdaily.

Azizi, 69, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang semalam setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pulau Pinang sejak 11 Ogos lepas.

Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan pada Mac tahun ini dan menjalani pembedahan jantung bulan berikutnya.

Azizi, bekas guru Pendidikan Islam, terkenal dengan novel “Seorang Tua di Kaki Gunung” ketika naskhah itu dijadikan teks wajib sastera Tingkatan Lima kira-kira 20 tahun lepas.

Dalam pada itu, Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan berkata, pemergian Azizi amat dirasai terutamanya dalam dunia penulisan negara.

“Beliau bukan sahaja seorang novelis yang hebat tetapi juga seorang yang peka dan tajam pandangan penanya terhadap isu semasa yang melanda masyarakat,” katanya.

Selain itu, jelas beliau, banyak hasil penulisan Azizi telah mengangkat namanya selaku novelis terkenal tanah air.

Kata Nasrudin, negara kehilangan sebutir permata yang bernilai dan berkualiti tinggi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.