Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Diktator melayu juga akan tumbang ?





Diktator Akan Jatuh Satu Persatu

Posted on Monday, August 22 @ 21:14:52 PDT by paktam

Oleh Mohd Sayuti Omar
TUMBANGNYA Muammar Gaddafi semalam bolehlah diibaratkan "anugerah Lailatu qadar" kepada puak pemberontak dan juga rakyat Libya yang anti Gaddafi. Kejayaan pemberontak semalam menawan Tripoli sudah hampir sah kini Gaddafi tidak mempunyai kekuatan lagi untuk mempertahankan kekuasaa yang dimilikinya selama lebih 40 tahun. 


Laporan media Barat menceritakan hampir seluruh bandar Tripoli yang menjadi kubu pertahanan terakhir presiden Libya itu sudah ditawan oleh puak pemberontak. Beberapa orang anaknya yang menjadi tentera elit melindungi diri dan kepentingannya juga sudah ditawan dan ada yang menyerah diri.

Rakyat Libya di mana saja mereka berada sudah merayakan kejatuhan Muammar Gaddafi itu. Mereka bersorak sambil membakar gambar Gaddafi dan memusnahkan legasi Gaddafi.


Bagaimana pun nasib Gaddafi masih belum menentu apakah beliau masih berlindung di kediamannya di Bab al-Aziziyah ataupun beliau sudah lolos ke luar negara. Wujud berbagai versi mengenai nasib presiden berusia 69 tahun itu. Bagaimana pun berita kedudukannya dijangka akan dapat ditentukan beberapa jam lagi.


Apakah Gaddafi akan menghadapi nasib sama dengan Saddam Hussein yang diberkas oleh tentera Amerika ditempat perlindungannya di bawah tanah? Nampaknya peristiwa kejayaan Amerika menangkap Saddam hidup-hidup akan berulang ke atas Gaddafi. Kalau ini berlaku bermakna Gaddafi juga akan menghadapi tali gantung senasib dengan Saddam. Selalunya sejarah yang menimpa diktator sama.


Sejak mula meletus pemberontakkan terhadap Gaddafi saya sudah membayangkan peristiwa itu akan berulang. Setakat hari ini ternyata bayangan itu benar. Gaddafi yang kelihatan mulanya ampuh mempertahankan diri akhirnya terpaksa akur kepada tekanan dunia dan penglibatan Amerika. Kejatuhan diktator Iraq dan terbaru Libya itu adalah di atas usaha Amerika.


Melihat keadaan yang berlaku di Libya kini umat Islam berada di dua persimpangan dan jadi serba salah. Atas prinsip menegakkan kebenaran dan keadilan umat Islam merasakan tindakan Gaddafi sebagai diktator dan pembunuh manusia lain satu yang zalim, perlu disanggah. Justeru tindakan menjatuhkannya menerusi pemberontakkan disokong.


Tetapi dalam konteks kedaulatan sesebuah negara itu apa yang berlaku di Libya atau Iraq itu sesuatu yang sungguh menjijiknya kerana ia didalangi oleh kuasa besar dunia, Amerika Syarikat. Tidak ada hak atas apa jua alasan untuk negara lain mencampuri urusan negara lain. Negara lain hanya boleh bersimpati dan memberi bantuan kemanusiaan bukan bantuan ketenteraan.


Walau apa pun yang berlaku di dalam kedua buah negara itu Amerika tidak sepatutnya campur tangan. Apa lagi atas alasan prinsip kemanusiaan itu hanya bohong dan dongeng berlaka. Apa yang perlu disedari Amerika tidak akan berbuat begitu kalau bukan 100 peratus bukan demi kepentingannya. Apa yang Amerika cari dan harapkan di Libya sama dengan apa yang diimpikan di Iraq untuk menguasai telaga minyak.


Amerikanlah yang menjadi dalang di sebalik pemberontakkan di kedua buah negara itu. Baik di Iraq atau di Libya kini dan di beberapa buah negara lain kedudukan dan peranan Amerika sangat jelas. Amerika tidak turun sendiri secara fizikal tetapi berlindung di sebalik gerakan tertentu menghasut dan memberi semangat kepada rakyat negara berkenaan agar bercakaran sesama sendiri. CIA adalah agen utama Amerika yang melaga-lagakan di antara satu sama lain.


Semua negara harus belajar dan mengetahui peranan dan sikap syaitan Amerika ini.


Kita tidak setuju dengan penbunuh manusia dilakukan Saddam dan Gaddafi, tetapi apakah kita bersetuju dengan penjajahan dan penguasan Amerika ke atas negara yang penduduknya umat Islam? Saddam mempertahankan kedudukannya sehingga membunuh manusia lain kerana ingin melindungi negara dari dikuasai oleh Amerika Yahudi. Begitu juga dengan Gaddafi yang kini dalam keadaan genting.


Seburuk-buruk dan sejahat umat Islam yang menentang puak yang tidak sealiran dengannya namun mereka tetap Islam dan masih juga bersyahadat kepada Allah dan Rasullullah.


Keduanya- Saddam dan Gaddafi mengambil jalan dimurkai Allah atas alasan untuk mempertahankan kedaulatan negara mereka. Mereka tidak mahu kuasa asing menjajah mereka sekali lagi. Cuma silapnya Saddam dan Gaddafi, mereka mengambil jalan kejam membunuh rakyat sendiri yang berbeza pendapat untuk menentang kemungkaran. Itu saja kesilapannya.


Kalaulah mereka tidak mengambil jalan itu mengnyahkan sifat diktator dari diri mereka, bersikap adil dan saksama kepada rakyat mereka tidak akan menjadi hina, sebaliknya akan dipuja rakyat sepanjang masa. Dunia Islam akan mengagungkan mereka sebagai mujahid moden. Mulanya mereka sudah berada atas landasan dan perjuangan betul tetapi kerana gagal mengawal nafsu akhirnya membawa kemusnahan kepada mereka.


Kita kena insaf bahawa orang-orang rakus atau para diktaro seperti Gaddafi dan Saddam akan jatuh seorang demi seorang. Mereka hanya dapat berkuasa sekitar 40 hingga 60 tahun saja. Belum ada sejarah diktator dapat menguasai atau hidup selama 100 tahun. Di Malaysia kita bernasib baik kerana tidak mempunyai diktator moden seperti Saddam dan Ghadafi. Tidak ada pemimpin yang bersifat diktator tulen. Cuma apa yang kita milik ialah sebuah parti yang bersifat diktator bernama Umno.


Yakin dan percayalah diktator bernama Umno juga akan terguling dan bergelimpangan disepak rakyat suatu masa nanti sekiranya Umno tidak mengambil iktibar atas apa yang berlaku ke atas Saddam, Gaddafi dan Hosni Mubarak di Mesir itu. Ingat Umno juga sudah lama berkuasa dan melaksanakan kediktator shipnya ke atas rakyat negara ini. Jika Umno tidak segera bertaubat Umno akan diguling rakyat keadaanya mungkin lebih parah dari nasib dialami Saddam, Hosni dan Gaddafi
http://msomelayu.blogspot.com/

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.