Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

GAGAL ? ATAU ADA PELUANG BESAR YANG TERSIRAT !


Tuesday, August 9, 2011

Eksklusif: Jika Lebih Setengah Juta PATI Didaftar Dalam Masa Sembilan Hari, Bermakna KDN Gagal Menjaga Keselamatan Dalam Negara Sebenarnya !

 
Sungguh mengejutkan apabila kerajaan hari ini mengumumkan bahawa sejumlah 530,625 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) didaftarkan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah, bermula pada 1 Ogos sehingga semalam. Kenyataan tersebut telah dibuat oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Pendaftaran dan Imigresen Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Alwi Ibrahim. 


Beliau berkata pendaftaran Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) telah dilaksanakan di 206 pejabat Imigresen di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah serta 1,934 kaunter pendaftaran yang dikendalikan 336 syarikat pengurus. Persoalannya sekarang, kenapa begitu ramai PATI boleh masuk ke Malaysia semudah itu?. 

Maka perginya pasukan imigeresen, polis marin serta lain-lain pihak berwajib yang sepatutnya mengawal keadaan ini?. Difahamkan ramai lagi akan berbuat demikian dalam masa terdekat. Jika ini berlaku mungkin PATI yang ada di Malaysia sekarang ini boleh mencecah satu juta orang. Itu belum termasuk mereka yang masuk dan bekerja di negara ini secara sah.  

Dari satu segi, memang kita melihat program 6P itu seolah-olah berjaya dilaksanakan. Namun, dari segi yang lain ia membuktikan tahap keselamatan dan kepercayaan rakyat terhadap pihak yang berkenaan semakin membimbangkan sebenarnya. Nampak sangat kawalan keselamatan negara begitu rapuh dan mudah untuk dibolosi. Jika ini keadaannya, apa akan terjadi jika kumpulan subversif atau penjenayah antarabangsa masuk ke negara ini?. Bukankah ia akan memudaratkan rakyat akhirnya. 
 

Bayangkan, yang berada di Pusat Tahanan pun sudah ramai kemudian
dicampur dengan PATI yg bebas, bukankah ia cukup menakjubkan


Senario ini membuktikan kerajaan telah gagal melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Malah difahamkan juga terdapat begitu ramai PATI mendiami kawasan tertentu dengan dijaga oleh penduduk tempatan termasuk anggota RELA sendiri. Walhal mereka sepatutnya menangkap PATI yang berkenaan untuk diserahkan kepada pihak berkuasa. Inilah yang berlaku di depan mata kita sekarang ini. Akhirnya bumi yang dipijak ini menjadi milik orang buat selama-lamanya. 

Paling mengejutkan ada PATI yang mendaftar itu mengaku sudah lebih sepuluh tahun berada di negara ini. 
Malah mereka boleh mempunyai rumah dan membawa semua ahli keluarga dari negara masing-masing masuk ke Malaysia. Bagaimanakah mereka begitu muda melakukannya. Mereka juga mengaku ada pihak yang "menjaga" dan "mengawal" keselamatan mereka di sini. Kenapakah ini berlaku?. Bolehkah mereka dipelihara jika tidak dengan izin pihak berkuasa itu sendiri sebenarnya.

[Bukankah ini juga menunjukkan kegagalan Kementeri Dalam Negeri (KDN) dalam menjaga keselamatan dalam negara kita. Itu belum lagi termasuk yang telah diberikan MyKad untuk membolehkan mereka mengundi dalam pilihanraya. Oleh itu, rakyat perlulah melakuan perubahan jika tidak mahu negeri ini dijajah dalam diam oleh orang asing. 

Apa yang berlaku di Pekan, Pahang harus dijadikan ikhtibar apabila beribu-ribu warga Kemboja dan Myanmar kini menjadi penduduk tetap (PR) di kawasan terbabit. Rakyat tempatan akhirnya terbiar di bumi sendiri. Semua ini disedari, namun siapakah yang boleh membantu mengatasi semua ini.

Mahu diharapkan kepada agensi yang berkaitan nampaknya tidak ada tanda-tanda kejayaan dapat dilihat apabila terbukti dalam masa yang singjat lebih setengah juta PATI didaftarkan. Itu yang berdaftar, bagaimana pula dengan mereka yang masih bersembunyi. Semoga rakyat sedar dengan fanomena ini dan menginsafi atas segala apa yang berlaku. Masa untuk berubah sudah tiba]

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.