Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HAA ! NAJIB SURUH SEPOL BAGI ANUAR JUBOQ DIA ?

Kes liwat kedua konspirasi Najib, kata Anwar

TERKINI @ 05:13:24 PM 22-08-2011
August 22, 2011
KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi keterangan dari kandang tertuduh dengan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengikut langkah Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menamatkan kerjaya politiknya agar Barisan Nasional (BN) dapat terus berkuasa.

Bekas timbalan perdana menteri ini menegaskan demikian dalam keterangan yang dibuat dari kandang tertuduh pagi tadi.

Anwar, kini Ketua Pembangkang, merupakan saksi utama pada prosiding peringkat pembela yang bermula hari ini.

Katanya, beliau memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh sebab tiada keyakinan akan diberi perbicaraan yang adil.

Kata Anwar, keseluruhan proses mahkamah tidak lain tidak bukan satu konspirasi Najib untuk menghantar beliau semula ke penjara dan mengakhiri kerjaya politik.

“Sebagaimana saya telah saya katakan, ini bukan perbicaraan jenayah. Ia diatur oleh kuasa-kuasa yang mahu saya tidak lagi dapat bergerak, agar mereka boleh kekal berkuasa,” katanya dengan berkata Dr Mahathir, bekas perdana menteri, telah mengambil tindakan yang sama pada akhir 1990an.

Dr Mahathir memecatnya pada September 1998 dan kemudian berhadapan dengan tuduhan salah guna kuasa dan kes liwat.

Mahkamah Persekutuan membebaskan Anwar pada 2004. Anwar tidak bertanding pada pilihan raya umum Mac 2008 tetapi memenangi kerusi Permatang Pauh menerusi pilihan raya kecil Ogos tahun itu.

Hari ini Anwar berkata, ketidakadilan dikenakan ke atasnya ketika itu dan perkara yang sama diulangi sekarang.

Kata beliau, Najib melakukan perkara yang sama dibuat oleh mentor beliau, menggunakan apa sahaja cara dalam lingkungan kuasanya menerusi media, polis, Peguam Negara dan kehakiman untuk menguasai bidang kehakiman untuk mengeluarkannya daripada arena politik.

“Najib nampaknya berfikir bahawa dengan memusnahkan masa depan politik, ia akan memusnahkan prospek Pakatan Rakyat daripada memegang tampuk kuasa.

“Oleh itu, tiada apa yang tertinggal bagi memastikan saya disabitkan kesalahan agar memastikan kerajaan Barisan Nasional diketuai Umno terus memerintah,” kata beliau.

Anwar menambah, tuduhan kes liwat dikenakan ke atas beliau sebaik sahaja Pakatan Rakyat menguasai lima negeri dan menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Desa Damansara Condominium di Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.