Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Haaa ! kita tak tahupun rupanya BN/UMNO Siok sama DAP

ALA MAK MALUNYA AKUUUUUUU ! KAPAL DAH HAMPIR TENGGELAAAAAAAM !

Isnin, 15 Ogos 2011

Padan Muka..Nazri Aziz "Terkantoi" Dengan Pimpinan DAP..??

Pemimpin-pemimpin kanan DAP mengetepikan bulat-bulat pelawaan Datuk Seri Nazri Aziz agar komponen Pakatan Rakyat itu menyertai Barisan Nasional (BN) dengan mengambil kira formula Perikatan pada 1969. 

Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Publisiti parti Tony Pua berkata, pelawaan Nazri yang dibuat menerusi satu temu bual dengan Sin Chew Daily semalam, pihaknya akan kekal dalam Pakatan Rakyat sebagai parti untuk semua rakyat negara ini.

“Nazri boleh bermimpi. Beliau perlu dapatkan perspektif dengan betul. Kami bukan (hanya) wakil komuniti Cina, kami mewakili rakyat Malaysia keseluruhannya,” kata Pua kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi hari ini.

Nazri menawarkan pelawaan itu berdasarkan persekitaran ketika Perikatan, yang digantikan dengan BN, apabila membawa masuk Gerakan selepas ia memenangi majoriti kerusi di Pulau Pinang pada pilihan raya umum 1969.

Sambil mengakui majoriti ahli DAP terdiri daripada kaum Cina, Pua (gambar) menegaskan komponen Pakatan Rakyat itu bukan parti berorientasikan kaum. “Kami tidak boleh menerima ideologi BN yang pecah dan perintah,” katanya lagi.

Dalam kenyataannya, Lim pula mengesahkan komitmen DAP untuk kekal berada dalam Pakatan Rakyat dengan mempertahankan keluhuran Perlembagaan Persekutuan tanpa mengira agama dan kaum.

Ahli Parlimen veteran itu menambah, hanya politik bentuk baru dan “kompak nasional yang baru”, yang bebas daripada politik perkauman dan pecah dan belah mampu menyelamatkan Malaysia.

Sehubungan itu, Lim mengenang balik nasib yang beliau dan rakan-rakannya lalui apabila pemerintah mengheret mereka ke mahkamah dan mengenakan hukuman termasuk di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri sepanjang 45 tahun perjuangan mereka dalam mempertahankan kepercayaan politik pihaknya.

“Kesemua pengorbanan ini bukan hanya untuk DAP menggantikan MCA dalam Barisan Nasional,” kata wakil rakyat Ipoh Timur ini.

Pendirian dua pemimpin itu menolak seiring dengan jangkaan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang disiarkan oleh The Star hari ini.

Akhbar milik MCA itu memetik Dr Chua berkata tidak mungkin DAP akan menerima pelawaan Nazri.

Dr Chua memperlekehkan Nazri yang berkata MCA sudah hilang sokongan masyarakat Cina.

MCA berhadapan dengan prestasi buruk dengan hanya mempertahankan 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri.
JuRaGan : Parti UmnoBN kalau udah busuk sampai ke Usus ( kata Mahathir) siapa pun tak teringin nak berkawan...sedarlah diri tu..kini tarikh luput lu orang sudah hampir tiba !!

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.