Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HUTANG MAIN BELAKANG

Anak beri tempoh hingga Aidilftri Felda jelas isu pinjaman RM6b dari KWSP

August 17, 2011
Mazlan menunjukkan salinan laporan terhadap Felda di luar pejabat SPRM 15 Ogos, 2010. — Foto fail
KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) memberi tempoh sehingga Aidilfitri kepada Putrajaya membuat penjelasan berhubung pinjaman RM6 bilion dibuat Felda daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
 
Pengerusinya Mazlan Aliman menegaskan, sekiranya gagal pihaknya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Apabila timbul isu Felda meminjam daripada KWSP sebanyak RM6 bilion namun sehingga kini Datuk Ahmad Maslan (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri) tidak memberi apa-apa penjelasan mengenai perkara ini walaupun kita telah mebuat laporan polis untuk menyiasatnya.

“Tapi malangnya sehingga hari ini kita masih belum menerima sebarang penjelasan daripada Datuk Ahmad Maslan dan apa yang membimbangkan adalah sekiranya RM6 bilion ini disalurkan secara tidak berhemah dan akan memberi implikasi dan igauan buruk kepada warga peneroka,” katanya pada sidang media di sini.

Kata ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini, tindakan Felda meminjam RM6 bilion daripada KWSP juga akan memberi kesan terhadap pentadbiran kewangan agensi tanah itu dan juga aset yang dimiliki peneroka.

“Sekiranya tiada penjelasan sampai Hari Raya Aidilfitri, selepas hari raya nanti kita akan buat laporan kepada SPRM supaya siasatan terperinci dibuat berhubung pinjaman RM6 bilion.

“Kita akan namakan beberapa individu termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Ahmad Maslan, Pengerusi Felda (Tan Sri Isa Samad) dan Ketua Pengarah Felda Datuk Dzulkifli Abdul Wahab,” katanya.

Sebelum ini, Mazlan meminta Felda memberikan penjelasan berhubung dakwaan bahawa agensi persekutuan itu memperoleh pinjaman RM6 bilion daripada KWSP, dipercayai mahu menampung masalah kewangan dialami.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada apa-apa penjelasan mengenai perkara itu sebaliknya Isa pernah mengatakan pihaknya mampu membayar balik pinjaman itu.

Beliau berkata Felda akan melunaskan pinjaman itu secara ansuran dan perkara tersebut tidak perlu diperbesarkan kerana ia adalah transaksi biasa dalam setiap perniagaan.

Dalam sidang media itu juga Mazlan berkata Putrajaya tidak serius untuk menyelesaikan perkara-perkara berbangkit terutamanya dalam isu kos tanam semula dan perahan gred kelapa sawit.

Kata beliau, keengganan Putrajaya tidak mahu mengadakan perbincangan dengan warga Felda menyebabkan banyak masalah yang gagal diselesaikan.

“Ketika ini Felda berdepan dengan siri saman di seluruh negara dan jumlah itu semakin meningkat sehingga peguam-peguam kita seolah-olah tidak menang tangan melihat keghairahan peneroka yang mahu memfailkan saman.

“Dalam pengalaman saya selama 15 tahun dalam isu Felda, inilah saat gelombang apabila peneroka memfailkan saman terhadap Felda dan bagi saya ini sesuatu yang tidak baik kepada reputasi Felda,” katanya.

Justeru kata Mazlan, Felda sepatutnya memberi ruang kepada peneroka untuk menyatakan masalah dan melihatnya secara serius.

“Saya berulang kali katakan harus ada rundingan dan perbincangan untuk elakkan perkara ini namun sehingga kini tiada apa-apa dan Ahmad Maslan sehingga kini masih gagal berikan tarikh untuk berdialog.

“Deretan saman ini akan jejaskan reputasi Felda tapi nampaknya Felda tidak serius untuk berbincang dan bagi saya kalau perbincangan ini dapat diadakan dengan meneliti tuntutan peneroka ia bukan satu perkara yang sukar untuk dipenuhi Felda,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.