Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


HUUUUWA ! ORANG PERAK JAHAT, SAMSENG ! PEMBUNUH !


Ahad, 7 Ogos 2011

KES KEMATIAN DR.ROHANI JIRAN ANTARA DITAHAN

Penjenayah kejam yang mencerobohi rumah Timbalan Pengarah (Kesihatan) Jabatan Veterinar Perak, Dr Rohani Kasim, 38, sebelum mencekik mangsa hingga mati dipercayai tinggal di tingkat sama dengan rumah mangsa di Pangsapuri Permai Lake View Tambun.

Menurut penghuni pangsapuri berkenaan yang juga jiran mangsa, terdapat empat lelaki tinggal di rumah bertentangan dengan kediaman mangsa di tingkat satu.

Dia yang enggan identitinya disiarkan berkata, mangsa tinggal di unit F-1-09, manakala empat lelaki terbabit iaitu tiga berbangsa Melayu dan seorang seperti berdarah kacukan India-Cina mendiami unit F-1-02.

Keempat-empat lelaki terbabit sering dilihat melepak di tangga berhampiran kediaman mereka dan beberapa rakan juga pernah menduduki unit yang didiami mangsa.

“Mereka kemudian berpindah sebelum arwah menyewanya. Saya percaya mereka terbabit dalam pembunuhan mangsa kerana saya dan beberapa jiran lain melihat dua daripada empat lelaki itu ditahan polis tidak lama selepas mayat Rohani,” katanya.

Dia bertambah yakin keempat-empat suspek adalah penghuni unit F-1-02 kerana pengawal keselamatan turut melihat dua daripada mereka melarikan diri pada hari kejadian.

Allahyarham Rohani yang baru dinaikkan pangkat memegang jawatan kini berkuat kuasa 1 Julai lalu ditemui mati kira-kira jam 3.30 pagi kelmarin, dipercayai dicekik sehingga mati sebelum pembunuh membalut mayatnya sebelum mengusungnya keluar dari rumah mangsa.

Suspek disyaki mahu membuang mayat mangsa di lokasi lain bagi mengelakkan jenayah itu dikesan.

Bagaimanapun, cubaan itu terbantut selepas tindakan mereka mengusung cadar berisi mayat mangsa disedari pengawal keselamatan di pangsapuri berkenaan yang melakukan rondaan rutin.

Menurut sumber, pengawal yang memeriksa tilam di lantai tangga Pangsapuri Permai Lake View Tambun, dekat sini, menemui mangsa sudah tidak bernyawa dalam keadaan tangan dan kaki terikat sebelum menghubungi polis.

Arwah pernah menyuarakan kebimbangan keselamatannya tinggal di pangsapuri berkenaan kepada ahli keluarga kerana pernah kerugian hampir RM15,000 apabila barang kemasnya dilarikan penjenayah yang memecah masuk kediaman itu pada minggu kedua mendiaminya.

Mangsa yang juga anak ketujuh daripada 10 beradik, sebelum ini bertugas sebagai pendaftar di Kolej Pertanian Sintok, Kedah sebelum berpindah ke Ipoh.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, posmen dan tentera antara empat suspek yang ditahan di tiga lokasi berasingan sekitar negeri ini. Katanya, dengan penahanan itu, pihaknya yakin dapat menyelesaikan kes itu dalam tempoh kurang 24 jam.

“Siasatan mendapati motif dipercayai samun berikutan penemuan beberapa barang kes seperti telefon bimbit dan barang kemas bersama suspek.

“Tangkapan pertama terhadap dua lelaki masing-masing berumur 26 tahun di sekitar kawasan kejadian pada jam 4 pagi. Dua lagi suspek masing-masing berusia 20 dan 22 tahun ditahan di Tanjung Malim pada jam 4.30 petang dan di Slim River jam 10.25 malam tadi (kelmarin),” katanya.

Menurutnya, seorang daripada suspek berada dalam senarai individu dikehendaki polis bagi kes rogol di Slim River manakala seorang lagi askar yang lari daripada tugas.

“Dua daripada suspek direman selama empat hari manakala dua lagi suspek direman tujuh hari bermula semalam dengan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.-hm

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.