Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JANGAN LUNTUR SEMANGAT





Toleransi kaum, agama perlu dipertahan

Posted on Saturday, August 13 @ 15:21:23 PDT by paktam

Oleh ABD SHUKUR HARUN
shukurharun@yahoo.com
Tidak syak lagi semakin hampir Pilihan Raya Umum Ke-13, semakin jelas kelihatan pelbagai bentuk konspirasi musuh politik untuk mengalahkan Pakatan Rakhttp://www.mindaaktif.net/wp-content/uploads/2011/07/pilihanraya.jpgyat, khususnya di Selangor dalam pilihan raya tersebut.

Seperti diketahui umum Selangor negeri yang kaya dan ternama itu menjadi fokus utama Umno/BN untuk merampasnya kembali dalam pilihan raya umum kali ini.


“Dengan apa cara sekalipun,” seperti kata pemimpin Umno Bayangkan mereka kini mempunyai kuasa di peringkat Pusat, mempunyai pelbagai sumbar wang yang banyak, jentera kerajaan, media tradisional yang mereka kuasai dan plbagai lagi.
 
Semua usaha Umno/BN ini sudah diketahui sejak lama oleh pimpinan dan pendukung Pakatan Rakyat. Justru Pakatan juga dengan segala daya upayanya beruaha mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Rancangan musuh dalam pelbagai bentuk ini semakin pantas dan berani sejak kebelakangan ini.Namun rakyat prihatin sudah semakin ramai menyedarinya dan tidak terpedaya dengannya.

Mereka menimbulkan isu perkauman dan sentimen agama hingga ke peringkat yang menakutkan di mana terlihat seolah-olah mereka ini kononnya sangat prihatin dalam mempertahankan bangsa dan agama

Pada hal perbuatan yang mereka lakukan selama ini adalah sebaliknya.  Sentimen bangsa dan agama ini ditiupkan sedemikian rupaya, terutama dalam semua kempen pilihan raya kecil sebelum ini, sehingga sikap mereka ini boleh menjejaskan hubungan antara kaum dan agama di negara ini. Bahkan sentimen ini semakin disemarakkan lagi sejak akhir-akhir ini.

Tindakan musuh Pakatan Rakyat ini bukan itu saja, bahkan isu senarai pengundi yang masih tidak bersih dan tidak meyakinkan, nama pengundi yang bertindih bahkan munculnya pelbagai dakwaan di mana wujudnya Penduduk Tetap (PR), secara mengejut, mendapat status warganegara (NYKad), demikian juga dengan Undi Pos yang terus menerus meragukan dan pelbagai lagi.

Seperti diketahui umum, masalah ini banyak berlaku di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, khususnya di Selangor. Dalam keadaan hanya beberapa bulan lagi PRU Ke-13 akan diadakan adalah sukar untuk mempercayai bahawa isu senarai pengundi tidak bersih dan lain-lain ini akan dapat segera diselesaikan.

Musuh Pakatan Rakyat tahu mengenai kejayaan Pakatan Rakyat membina hubungan baik antara kaum dan agama di mana buktinya terserlah dalam keputusan PRU Ke-12 2008 dulu, di mana tsunami politik telah menimpakan kekalahan terus Umno/BN. Kekalahannya di Selangor adalah sesuatu yang tidak pernah diduga oleh ramai orang.

Sokongan kuat rakyat pelbagai kaum dan agama terhadap Pakatan Rakyat sangat membimbangkan Umno/BN. Lebih-lebih lagi apabila pemimpin Umno/BN menyaksikan bagaimana Himpunan Bersih 2.0 itu disertai oleh pelbagai kaum dan agama. Momentum ini berterusan hingga kini dan lebih merunsingkan mereka bahawa Himpunan tersebut kebanyakkannya diertai oleh golongan generai muda yang sangat prihatin dengan apa yang berlaku di negara ini. Sokongan generasi baru ini adalah phenomena baru yang tidak pernah terfikirkan oleh ramai orang sebelum ini.

Bayangkan bagaimana negeri Selangor yang kaya dan termoden di Malaysia ini terlepas dari tangan Umno/BN dalam PRU Ke-12 2008 dulu itu, yang bererti terhentilah segala peluang mereka untuk terus membolot kekayaaan yang ada di negeri Selangor. 

Sebab itu pemimpin mereka kini berhempas pulas untuk merampas kembali negeri ini dari kekuasaan Pakatan Rakyat ‘dengan apa cara sekalipun’. Justru timbullah satu demi satu hal-hal negative di media tradisional mengenai negeri Selangor bahkan juga negeri-negeri lain yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Mereka berusaha melaga-lagakan di antara sesama pemimpin dalam Pakatam Rakyat dan pendukungnya sekali, mereka memperbesarkan kelemahan kecil yang berlaku di ngeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Namun usaha mereka ini ternyata gagal, bahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat semakin kukuh. Sejauh ini, semua tindakan dan kenyataan yang keluar oleh pemimpin PAS, PKR dan DAP telah memperlihatkan bahawa perpaduan dalam Pakatan Rakyat semakin kukuh. 

PAS sebagai parti Islam yang sejak awal penubuhannya - 50 tahun lebih yang lalu - berjuang atas nama Islam hingga kini, tetapi ia memperlihatkan keterbukaan dan toleransi beragama dan menolak perkauman. Semuanya ini kerana PAS mengaplikasi kesyumulan Islam sebagai ‘Rahmatan Lil-Alamin’.

Justru ramai pemimpin PAS, berbekalkan akidah yang kukuh dan tasawuur Islam yang luas, mampu berdialog dengan penganut agama lain, termasuk penganut Kristian, baik di gereja mahupun di tempat lain.

Apabila PAS menyertai Pakatan Rakyat, maka ia telah menyerlahkan tasawuur Islam yang fungsi utamanya menegakkan keadilan dan kesaksamaan, tanpa perkauman di samping menekankan toleransi beragama. 

Yang menariknya, atas usaha pemimpin PAS serperti Tuan Guru Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat, Datuk Seri Abd Hadi Awang, Haji Muhamad Sabu, Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Dr. Dzulkifly Ahmad, Dr. Maria Mahmud, Ir. Khalid Samad, Ir. Shaari Shuib, Dr. Rani Othman dan ramai lagi, Islam telah diketengahkan kepada penganut agama lain. 

Dalam pelbagai penerangan dan dialog yang diadakan baik di beberapa gereja di negara ini, majlis dialog antara kaum dan agama di sana ini, ternyata para tokoh ini telah berjaya menerangkan mengenai keadilan dan kesakamaan Islam.

Justru atas sikap keterbukaan ini, runtuhlah pelbagai prajudis terhadap Islam. Ini suatu kejayaan pendekatan PAS yang terbuka dan penuh hikmah, dalam masa yang sama, asas perjuangan PAS sama sekali tidak dikompromikan. 

Dalam hubungan ini, apabila timbul dengan tiba-tiba isu Jais dan gereja di Selangor baru-baru ini, memang kes ini sebanyak sedikit menjadi hambatan dari segi hubungan antara agama, namun langkah segera PAS untuk mengatasi masalah ini sangat bijaksana. 

PAS mengambil pendirian untuk mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Gereja Methodist Damansara Utama bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai kotroversi terbaru itu.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil langkah tepat apabila berkata bahawa pertemuan dengan kedua-dua agensi itu akan dibuat dalam tempoh terdekat untuk mengrungkai situasi sebenar yang berlaku ekoran tindakan Jais menyerbu majlis makan malam muhibah di gereja tersebut. 

“PAS akan bertemu dengan Jais dan gereja secara terus untuk mendapatkan penjelasan bagi menyelesaikan masalah ini. Kita perlukan penjelasan secara langsung, bukan daripada media,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Puat Ahad lalu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.