Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JIKA TERBUKTI MAKA TERKANTOI BESARLAH RAHSIA SERBUAN INI





PAS akan dedah bukti, Umno main peranan operasi Jais

Posted on Monday, August 22 @ 08:10:42 PDT by tokdalang

Oleh KHAIRUL AZLAM MOHAMAD
Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali menyeru pemimpin dan ahli PAS supaya tidak terperangkap atau terjebak dengan “perangkap” Umno dalam isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Gereja Methodist D a m a n s a r a U t a m a (GMDU).
“Saya dapat mak lumat ‘dalaman’ Jais (14 Ogos), berkait dengan operasi Jais pada 3 Ogos 2011 lalu bahawa ada eleman dan peranan Umno dalam operasi Jais terhadap majlis yang diadakan di kawasan Gereja Methodist, Daman sara Utama, Petaling Jaya itu,” dedahnya pada sidang media di Pejabat PAS Terengganu, Isnin lalu.

Turut sama Pesuruhjaya dan Setiausaha PAS Negeri, Mohd Abdul Wahid Endut dan Yahaya Ali. M u s t a f a b e r k a t a , oleh kerana maklumat ‘dalaman’ itu tersangat boleh dipercayai, maka mendedahkannya ekoran timbul pelbagai tafsiran tentang operasi yang dilakukan Jais itu. Beliau bersedia mendedahkan maklumat itu kepada Pengarah Jais dalam pertemuan yang akan diadakan nanti. 

“Kami akan dedah maklumat- maklumat ini kepada beliau. Ini bergantung kepada Jais, jika esok dia hendak berjumpa kita dedah esok, hendak jumpa bila pun, insya-Allah,” ujarnya. 

Sepatutnya, kata beliau pemimpin PAS mengadakan perjumpaan dengan Jais pada Selasa 16 Ogos lalu, tetapi pihak Jais memberi jawapan tidak dapat bertemu kerana dinasihati oleh Tuanku Sultan Selangor berdasarkan surat jawapannya kerana penyiasatan Jais belum lagi selesai. 

Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar berkata, baginda “menasihatkan” Jais agar tidak bertemu dengan mana-mana pihak bagi menjaga maklumat siasatan daripada terlepas. 

“Memang kita minta berjumpa, tetapi jawapan Jais telah pun diberikan secara bertulis, atas beberapa perkara (alasan) kerana kes itu dalam siasatan. 

“Dan atas nasihat Tuanku Sultan, untuk Jais tidak lagi bertemu mana-mana pihak supaya menjaga, supaya maklumat siasatan itu tidak terlepas kepada pihak lain,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur. 

Bagaimanapun, Mahfuz berkata, PAS masih berharap dapat bertemu Jais selepas jabatan itu menyelesaikan penyiasatannya. 

“Kami tetap harap temu, (kita) nak dengar dari pihak Jais... Kita nak tau apa sebenarnya berlaku. Nak jumpa Jais, gereja (tanya) apa yang berlaku pada hari itu. 

“(Sebab) itu kita nak jumpa, Jais kata tak serbu, pihak gereja dan NGO kata serbuan, (sebab) itulah kita nak jumpa,” ujarnya. 

Tegasnya, siasatan perlu diselesaikan segera bagi meredakan isu tersebut dari timbulnya pelbagai spekulasi yang tidak sihat khususnya dalam kehidupan masyarakat pelbagai kaum dan agama. 

Dalam perkembangan berkaitan, Mustafa memberitahu, PAS juga menerima surat daripada pihak Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU) 15 Ogos lalu, meminta pertemuan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kemudian. 

Dalam suratnya menyatakan ianya terpaksa ditangguhkan kerana isu ini sudah menjadi terlalu umum dan mendapat pelbagai tafsiran daripada pelbagai pihak. 

“Sebab yang diberikan isu ini sudah menjadi t e r l a l u u m u m dan ditafsirkan macam-macam,” kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, Selasa, 16 Ogos lalu. 

Ditanya harapan PAS terhadap pertemuan tersebut, Mustafa ber kata ianya bag i m e n d e n g a r penjelasan da ripada semua pihak. 

“Oleh kerana tidak bertemu lagi, jadi tidak ada kesimpulan lagilah,” katanya. Pertemuan yang sepatutnya berlangsung di GMDU 4 petang 16 Ogos itu, melibatkan sembilan pimpinan PAS termasuk beliau. 

Mereka diketuai Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Naib Presiden Salahudin Ayub, Ketua Penerangan Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, AJK PAS Pusat Idris Ahmad, Dr Siti Mariah Mahmod, Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Mujahid Yusof dan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.