Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KEPALA DOKTOR DIPENGGAL DALAM KEBUN


Doktor Dipenggal Di Bentong, Kepala Berada di Kerusi Sebelah Mayat

>> 25 August 2011

BENTONG: Seorang doktor berusia 61 tahun didapati mati dibunuh dengan kejam di sebuah ladang di sini dengan kepalanya dipenggal.

Dr Harjit Singh, 61, ditemui mati di dalam sebuah pondok di ladangnya yang terletak di Kampung Sertik dekat sini pada lebih kurang jam 8 malam Selasa.

Seorang pembantu ladang berusia 31 tahun telah ditahan oleh polis untuk membantu siasatan.

Dr Harjit adalah abang ipar kepada Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, SAC Datuk Amar Singh.

Pemangku Ketua Polis Bentong, Timbalan Superintendan Mohd Mansor Mohd Nor berkata, apabila polis tiba di tempat kejadian pada lebih kurang jam 11.30 malam, mereka telah menemui kepala Dr Harjit diletakkan di atas sebuah kerusi di sebelah mayatnya.

“Kami telah menahan seorang pembantu ladang dan akan terus menahannya sehingga 29 Ogos untuk membantu siasatan,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, SAC T. Narenasegaran berkata, Dr Harjit adalah seorang doktor yang berkhidmat secara kontrak dengan Jabatan Penjara di sini.

Katanya, siasatan awal mendapati, mangsa telah diserang ketika dia tiba di ladang tersebut.

Polis turut menemui sebilah parang di tempat kejadian yang dipercayai telah digunakan untuk menyerang dan mencederakan mangsa.

Siasatan awal setakat ini juga mendapati mangsa telah diserang dari arah belakang. -mStar

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.