Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KERAJAAN TUNDUK PADA PERMINTAAN BERSIH 2.0


Reformasi sistem pilihan raya:
Najib akhirnya tunduk kepada rakyat, DAPSY

Loke Siew Fook | Aug 16, 2011 11:36:14 am


 
Pergerakan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri Najib Razak semalam untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Pilihan Parlimen (Parliamentary Select Committee) untuk mengkaji reformasi sistem pilihanraya sebelum PRU ke-13.  Perkembangan tersebut membuktikan akhirnya pentadbiran Najib terpaksa tunduk kepada permintaan rakyat yang dijana melalui perarakan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lepas.  Ini merupakan kemenangan awal hasil daripada kebangkitan rakyat menuntut sistem pilihanraya yang bersih dan adil.

Namun, DAPSY mendesak Najib (gambar kiri) memberikan komitmen penuh untuk melaksanakan kata-kata beliau.  Untuk merealisasikan agenda perubahan tersebut, beberapa langkah segera perlu diambil oleh pentadbiran Najib seperti berikut:

1. Memanggil satu sidang khas Dewan Rakyat sebelum Hari Raya Aidilfitri untuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen tersebut.  Tanpa satu sidang khas, Parlimen terpaksa tunggu sehingga 3 Oktober untuk melaksanakan penubuhan Jawatankuasa tersebut.

2. Lapan tuntutan asal BERSIH 2.0 dijadikan sebagai asas "terma-terma rujukan" atau "terms of reference" kepada penubuhan Jawatankuasa Pilihan Parlimen tersebut.

3. Memberikan tempoh masa selama tiga bulan kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen tersebut untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dan mengumpul pandangan awam dari seluruh lapisan masyarakat.  Laporan penuh perlu dibentang dan dibahaskan di Parlimen pada akhir tempoh tersebut.

4. Semua cadangan dari Jawatankuasa Pilihan Parlimen tersebut yang dipersetujui bersama secara konsensus dan lapan tuntutan asal BERSIH 2.0 MESTI dilaksanakan dalam PRU ke 13.

5. Najib perlu memberikan perjanjian secara terbuka bahawa beliau tidak akan membubarkan Parlimen selagi semua agenda perubahan yang dituntut untuk memastikan sistem pilihanraya yang bersih dan adil belum dilaksanakan.

*Kenyataan media oleh Loke Siew Fook (gambar kanan) selaku Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) merangkap Ahli Parlimen Rasah.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.