Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

kes ni macam ribut kat cawan kopi jew !



Mustahil cincin RM24 juta hanya untuk ‘pameran sulit’!

Posted on Friday, August 05 @ 01:18:04 PDT by paktam

KUALA LUMPUR: Kenyataan kononnya isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor membeli cincin RM24.45 juta hanya untuk tujuan pameran ‘sulit’ adalah sesuathttp://berita.akufakhrul.com/wp-content/uploads/2011/07/SPRM-digesa-siasat-cincin-RM73-juta-Rosmah-200x150.gifu yang kurang diyakini umum. Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata dilihat kepada sifat Rosmah yang sukakan publisiti besar-besaran adalah pelik jika beliau hendak mempamerkan cincin jutaan ringgit di pameran yang sulit.

Sebelum ini, sebuah blog mendedahkan bahawa pameran sulit tersebut berlangsung pada 17-19 April 2011, di sebuah tempat yang turut dirahsiakan.
Berlian itu kemudian dibawa ke Singapura empat hari selepas itu dengan menggunakan borang K2 yang dikeluarkan Kastam Diraja Malaysia sebagai bukti pengeluaran.

Namun, borang tersebut menimbulkan banyak keraguan termasuk status pegawai yang menurunkan tandatangan ke atas borang kastam berkenaan.

Mengulas lanjut, Badrul Hisham tidak menolak kemungkinan terdapat usaha untuk menggambarkan seolah-olah cincin berlian berkenaan telah dihttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEioGwUSr1X31Yw7UQuVYRx67CBWaGWWgi5Mafp92IFZYR_L1GJIjgpbXl-O-qfcS4IyDv-2Bk8CTGv65Snpa6A5XEzLKmKq30ll7rcmFTwAaAn4HbyfYxM01yrUcVb4tncDZDnlQF6Os9Ju/s400/cincin+rosmah+2.jpgpulangkan semula kepada syarikat pengeluarnya, Jacob & Co yang berpangkalan di New York.

Pelbagai penafian dan helah dibuat untuk mengaburi mata rakyat, dan kata Badrul Hisham, adalah suatu yang tidak mengejutkan jika Rosmah akan hantar balik cincin tersebut ke New York.

Badrul Hisham sebelum ini mendedahkan bukti pembelian cincin melalui skrin sistem maklumat Kastam Diraja Malaysia (KDRM) tertera nama Rosmah sebagai pengimport dari syarikat berlian mahal itu.

Pada 13 Julai lalu, beliau membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pulau Pinang berhubung cincin “Natural Fancy Gray Cushion Cut Diomand” yang dibeli Rosmah.

Bagaimanapun, sebaik sahaja SAMM membuat laporan kepada SPRM, sistem KDRM dilapor mengalami kerosakan selama tiga jam, dipercayai sebagai usaha untuk melindungi siasatan. 

Sehingga kini Rosmah tidak memberikan sebarang penjelasan sebaliknya menggunakan blogger pro Umno untuk menangkis dakwaan berkenaan, dengan menyatakan berlian itu dibawa masuk bagi tujuan pameran sulit, sebelum dibawa keluar ke Singapura.

Setelah negara dikejutkan dengan pembelian cincin berlian RM24.45 juta membabitkan Rosmah, pelbagai cara dibuat untuk melenyapkan pendedahan SAMM itu.

Ini termasuk menyatakan tuduhan itu sebagai palsu dan mendakwa berlian tersebut dibawa masuk ke negara ini hanya bagi tujuan pameran yang kononnya sulit pada 17-19 April 2011.

Justeru, satu borang dikeluarkan yang dinamakan K2 oleh pihak Kastam Diraja Malaysia, bagi membuktikan berlian berkenaan dibawa keluar ke Singapura selepas empat hari memasuki negara ini.

Namun, sebuah blog mendedahkan bahawa borang tersebut menimbulkan banyak keraguan, termasuk status pegawai yang menurunkan tandatangan ke atas borang kastam berkenaan.

Blog yang bernama edyesdotcom.blogspot.com mendakwa, borang K2 itu itu ditandatangani seorang pegawai kastam yang mempunyai nama seakan-akan Perdana Menteri iaitu Abd Najid Razak.

Maklumat yang tertera pada borang itu menunjukkan pegawai tersebut berkhidmat sebagai Penguasa Kastam cawangan pemeriksaan penumpang di KLIA.

Namun menurut blogger itu, pegawai tersebut sebenarnya bertugas di Cawangan Perkhidmatan/Latihan (Latihan) yang bertempat di Aras 9 Selatan, Kastam Putrajaya berdasarkan cop yang bertindan pada borang itu. 

Menurutnya, beliau mengesahkan maklumat itu yang dikenal pasti dari laman web rasmi Kastam Diraja Malaysia yang dikemaskini hingga Julai 2011.

“Saya telah membuat pemeriksaan dilaman portal rasmi, dan walaupun dengan maklumat yang terhad. Maklumat tentang pegawai yang diragui itu dapat dikesan, “Ini kerana tidak munasabah, seorang pegawai yang jelas namanya bertugas di Putrajaya menurunkan tandatangan ke atas borang K2 tersebut yang berada di KLIA,” kata penulis blog itu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.