Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MACAM IKAN

Penyelia pusat hiburan mati tergantung, isteri maut dikelar

August 09, 2011
GEORGE TOWN, 9 Ogos — Seorang penyelia pusat hiburan ditemui mati tergantung manakala isterinya pula ditemui mati dengan kesan kelar di leher di dalam bilik di sebuah pangsapuri di Jalan Siput Lala, Tanjung Tokong malam tadi.

Ooi Chong Seng, 29, yang bekerja di sebuah pusat hiburan berhampiran ditemui mati dengan lehernya tergantung pada kain di tingkap.

Mayat isterinya pula, Yang Xiaohua, 20-an, warga China yang bekerja sebagai pelayan pelanggan ditemui terbaring di atas katil dalam bilik yang sama dengan kesan kelar di leher.

Dipetik Bernama Online, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Mohd Nasir Salleh berkata polis menerima maklumat daripada rakan kepada salah seorang mangsa yang membuat laporan di Balai Polis Pulau Tikus kira-kira 8.20 malam.

Beliau berkata polis terpaksa memecah masuk ke pangsapuri tersebut yang terletak di tingkat tiga selepas mendapati pintu rumah dikunci dari dalam dan hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan dua mayat di bilik hadapan pangsapuri empat tingkat itu.

“Siasatan awal pihak patologi mendapati kejadian dipercayai berlaku 16 jam sebelum disedari oleh salah seorang rakan mangsa yang membuat laporan polis selepas gagal menghubungi mangsa,” katanya.

Beliau berkata sijil perakuan kahwin kedua-dua mangsa yang dikeluarkan oleh Thailand dan sebilah pisau buah-buahan yang dipercayai digunakan sebagai senjata, turut dijumpai di tempat kejadian.

“Siasatan awal polis mendapati motif kejadian disebabkan timbulnya perasaan cemburu mangsa lelaki yang bertindak mencekik isterinya sebelum membunuh diri,” katanya.

Mohd Nasir berkata kedua-dua mayat dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.