Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MCA CINA PERKAUMAN !





Tender Di Pulau Pinang, Umno atau MCA Yang Bohong?

Posted on Wednesday, August 10 @ 01:28:29 PDT by paktam

Oleh Ustaz Idris Ahmad
Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek Presiden MCA marah kepada kerajaan Pulau Pinang kerana diskriminasi terhadap orang http://www.mca.org.my/en/files/2011/05/MCA-0002.jpgChina dan lebih utamakan orang Melayu dalam isu pemberian kontrak. 

Kenyataan daripada Presiden MCA ini, menyebabkan rakyat tertanya-tanya siapa yang pembohong?. Umno atau MCA yang bohong, atau kedua-dua pembohong.


MCA menyelar tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang hanya memberikan tender kepada dua kontraktor Cina (2 peratus)  sedangkan jumlah projek ditawarkan sebanyak 968 buah bernilai RM125 juta.

Selama-lama ini pemimpin Umno membawa isu ini kepada pengundi-pengundi melayu terutamanya, dengan mengatakan melayu Pulau Pinang ditindas  di bawah pimpinan YAB Lim Guan Eng.

Sebenarnya MCA dan Umno sudah dilanda penyakit demam panas, sehingga hilang daya ingatan dan rasional. Umno hendak beli undi Melayu, MCA hendak beli undi China. Biarlah mereka bercakap merapu asalkan cita-cita politik mereka tercapai.

YAB Lim Guan Eng mengatakan beliau memberi kontrak berdasarkan kebolehan melalui tender terbuka. Beliau menyatakan beliau bukan rasis, tetapi melawan rasuah. 

Kenyataan Presiden MCA sekarang sudah terjawab. Kerana inilah yang menjadi modal penceramah Umno kononnya kerajaan Pulau Pinang menindas Melayu dengan tujuan orang Melayu jangan sokong Pas, kerana DAP bersama dengan Pakatan Rakyat.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.