Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENGAPA TAK SELESAI SECARA MAHKAMAH ?

Nazri sahkan usaha selesai luar mahkamah, tapi bukan selamatkan Tajuddin

August 11, 2011
KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Datuk Seri Nazri Aziz mengesahkan Putrajaya memutuskan untuk menyelesaikan kes Tan Sri Tajuddin Ramli di luar mahkamah tetapi menafikan ia akan mengakibatkan usaha menyelamatkan hutang besar bekas pengerusi eksekutif Malaysia Airlines (MAS) itu. 
 Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah diarahkan agar menarik balik kes saman ke atas Tajuddin awal bulan ini untuk menamatkan kes saman melibatkan Tajuddin.

Beliau menegaskan langkah itu bukan usaha “menutup dan menyembunyikan” sesuatu tetapi bagi mencari jalan penyelesaian selepas dicadangkan oleh “orang Tajuddin” kira-kira enam bulan lalu.

Nazri (gambar) berkata, perkara itu telah dirujuk kepada Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadziah yang kemudian mengarahkannya supaya satu surat diserahkan kepada pengurusan kes mahkamah yang dijadualkan akan membicarakan kes Tajuddin hari ini.

“Sejak ia melibatkan undang-undang dan saya, menteri yang bertanggungjawab dalam undang-undang. Husni memberitahu saya mengapa tidak kaji dahulu. Ia bukan langkah nak sembunyikan atau menutup apa-apa... kita tahu ia akan didedahkan juga nanti dan tiada apa yang hendak disembunyikan. Saya telah menulis surat dengan menggunakan kepala surat saya,” katanya.

Nazri, Ahli Parlimen Padang Rengas,  menyenaraikan tiga pihak yang terlibat dalam kes saman terhadap Tajuddin - iaitu MAS, Telekom Malaysia dan Prokhas Sdn Bhd — dan berkata GLC masih boleh meneruskan niat saman jika mempunyai bukti kuat.

Prokhas adalah sebuah syarikat sendirian berhad yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan yang ditugaskan untuk menguruskan aset pengurusan Danaharta Nasional Sdn Bhd dan syarikat lain.

“Saya mahu anda ingat bahawa kami, tiga pihak ini, menyaman Tajuddin dan sudah tentu beliau memfaikan bantahan.

“Katakan jika kita menang, kita dapat duit dan jika kita kalah, kita sudah tentu perlu membayar kos tetapi beliau bukan sahaja memfailkan bantahan, beliau boleh saman semula.

“Dalam mana-mana kes, peluang untuk menang atau kalau itu 50-50...  jika kita menang OK tapi jika tidak, kita perlu membuat bayaran, jadi melihat akan perkara ini amat berbaloi untuk menarik balik,” katanya.

Nazri berkata ini adalah “tawaran minimum” kerajaan untuk menyelesaikan namun menegaskan GLC perlu berbincang sebelum membuat keputusan.

The Malaysian Insider pagi ini melaporkan Putrajaya, melalui surat Nazri telah mengarahkan kesemua GLC MAS dan Danaharta agar menarik balik kes-kes saman ke atas Tajuddin yang merupakan ‘orang kepercayaan’ Tun Daim Zainuddin.

Daim adalah kawan baik kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri kewangan yang merupakan arkitek membentuk dasar untuk pemimpin korporat Melayu.
Sekumpulan personaliti seperti Tajuddin dan Tan Sri Halim Saad merupakan antara mereka yang mendapat perhatian dalam dunia perniagaan pada 1990-an dan memperoleh banyak projek kerajaan khususnya yang dilaksanakan menerusi dasar penswastaan dan pensyarikatan dibawa Dr Mahathir.

Sebilangan besar daripada mereka menjalankan pengurusan dengan teruk.
Langkah pentadbiran Najib menyelesaikan semua kes ke atas Tajuddin dilihat cuba membersihkan masalah kewangan sejak beberapa dekad yang lalu semasa pentadbiran Dr Mahathir.

MAS membuat laporan pertama terhadap Tajuddin pada 2002 berhubung kerugian RM8 bilion dialami. Tajudin merupakan pengerusi eksekutif MAS dari 1994 hingga 2001.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.