Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENZALIMI PESARA ATM, HABIS MADU SEPAH DIBUANG



Aduan Rakyat-Pendedahan TUDM Menindas,Menzalimi Pesara Dan Keluarga Pesara



Semalam Sk menerima Email dari seorang pembaca yang membuat aduan  penindasan dan kezaliman yang dilakukan oleh pihak TUDM keatas keluarganya .Dengan rasa perihatin dan amik berat Sk menyiarkan surat aduan oleh pembaca ini untuk dibaca oleh pembaca blog Siasahkini.Sebarang aduan Sk amat mengalu-alukan dari para pembaca untuk didedahkan kepada masyarakat umum.Sila baca aduan ini!

1.    Merujuk dengan perkara di atas, di sini saya menceritakan serba ringkas tentang kejadian-kejadian yang berlaku ke atas kami sekeluarga, bermula dari April 2008 hingga ke hari ini.


a.    Setelah Allah S.W.T memberi suatu pertunjuk pada April 2008, pihak pentadbiran Pangkalan Udara Kuching, Sarawak tidak puas hati terhadap suami saya, Faizzal Jinong, yang mana ketika itu baru nak memulakan Kursus Latihan Peralihannya. Berbagai-bagai tekanan berupa ugutan di berikan, tetapi suami saya tetap dengan pendiriannya, iaitu tidak akan mengikuti segala perbuatan mereka yang tidak sepatutnya berlaku.


b.    Oleh kerana keengganan suami saya, pada Jun 2008, permotongan arus bekalan letrik ke kediaman kami di hentikan, atas arahan Pegawai Pentadbiran Pangkalan Udara Kuching iaitu Mejar Mat Nawi bin Awang Hamat Tudm. Sejak itu, hiduplah kami bergelap hingga Disember 2008.


c.    Mejar Mat Nawi, juga pernah menggunakan nama Panglima Operasi Udara yang kini Panglima Tentera Udara untuk menangkap suami saya. Kemudian Komander Pangkalan Udara Kuching telah membuat surat menghalau kami  keluar dari kediaman kami, tanpa menghiraukan surat atas dasar kebajikan yang di buat oleh suami saya kepada mereka pada bulan April 2008.



d.    Kami terpaksa menumpang masak nasi  di surau Komplek Perumahan Tudm sekali sehari. Semasa di bulan Ramadhan 2008, anak-anak kami hidup dalam kesusahan, mereka pulang dari sekolah. Petangnya berbuka puasa hanya minum air dan terus ke surau untuk solat maghrib dan selepas tarawih, anak-anak kami akan membawa pulang bersama mereka lebihan makanan yang mana akan di makan pada waktu sahur, itu pun kalau tidak basi. Jika basi, kami bersahur hanya minum air kosong. Tahukah anda bertapa zalimnya Mejar Mat Nawi bin Awang Hamat, dia tergamak mencabut Plug periuk nasi yang sedang di masak oleh anak kami dan hendak di campaknya keluar. Kejadian ini juga berlaku di bulan ramadhan.


e.    Berapa hari lagi nak berhari raya, saya dan anak-anak telah di serang ole Mejar Zul, Kapten Norhaizi bte Khidzir, Kapten Hasarudin dan beberapa orang anggota Tudm. Ada anggota siap memegang kayu dan hendak memukul anak-anak saya, setelah saya rebah  kerana sesak nafas dan hampir di serang stroke, mereka berlalu pergi. Anak-anak saya yang memanggil ambulan.



f.    Kesannya sampai sekerang, saya terpaksa menanggungkannya. Pembedahan memang telah di tetapkan pada 15hb January 2009, di Hospital Umum Kuching, Sarawak. Segala persiapan telah di aturkan, tetapi kejadian 23hb Disember 2008, telah mengagalkan semuanya.



 g.    Oleh kerana segala tekanan, ugutan dan sebagainya yang mereka buat dapat kami hadapi, akhirnya pada 23hb Disember 2008, suami saya di tangkap sewaktu keluar untuk membeli beras, motosikalnya di rampas. Dengan bantuan seorang pegawai polis iaitu Inspektor Saiful bin Mustapa, suami saya di paksa masuk ke dalam kereta polis. Tanpa di beritahu apa kesalahannya, kenapa dia di tangkap atau sebagai terus di masukan ke dalam lokap.


h.    Pada pukul 6.00 petangnya, seluruh Komplek Perumahan Tudm telah di kepong oleh pegawai-pegawai Tudm, anggota-anggota PROBOS, bersiap dengan senjata M16, bersama inspektor polis tersebut. Ambulan dan pesawat nuri mengawasi di atas. Saya dan anak-anak yang berumur 5-17 di tangkap, macam menangkap bintang, anak sulong kami di heret di atas jalan.


i.    Kami  di bawa ke balai polis dan di letak di dalam bilik stor. Di situ kami di paksa dan sebagainya. Inspektor polis tersebut, memaksa saya untuk mengikuti segala arahan yang di sampaikan oleh Mejar zainal melalui handphone nya, kerana saya enggan, kami akhirnya di bawa ke kuarter polis, di kurung seperti tebusan di rumah inspektor tersebut.


j.   Bayangkan, anak ke 6 saya demam panas, anak ke 4 saya di serang lelah dan saya pula masih sakit dan memerlukan ubat-ubatan, tetapi di arah keluar dari kediaman kami tanpa membawa barang.


k.   Tidorlah kami di sebuah bilik tanpa ada sidai kain, berlantaikan simen. Inspektor tersebut telah keluar untuk membuat tawar-menawar dengan pegawai-pegawai Tudm.


l.   Ke esokan harinya, 24hb Disember 2008, suami saya di keluarkan dari lokap dan kami di terbangkan sehelai sepinggang ke semenanjung.


m.   Tibanya di KLIA, Inspektor polis tersebut masih lag mengawasi kami dengan di bawa oleh kawannya yang di arahnya, supaya kami menghubungi rakannya melalui panggilan talipon sebaik sahaja kami sampai di KLIA.


n.   Ringkasnya, kami dapat membuat laporan Polis di Ipd Seremban, Negeri Sembilan, keterangan telah di ambil dari petang sampai pagi.


o.   Setelah hampir setahun, awal 2010, saya dapat menghubungi Tan Sri Musa Hassan, ketua Polis Negara ketika itu, melalui handphonenya dan menceritakan segalanya, tidak lama kemudian, saya di hubungi oleh Pegawai Penyiasat Ipd Seremban untuk mengambil keterangan dari kami semula. Akhirnya, keterangan dapat di beri Ipd Jawi, Seberang Prai Selatan, Pulau Pinang. Kemudiannya di hantar ke Ipd Kuching, Sarawak.


p.   Saya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa menghubungi Pegawai Penyiasatdi Kuching, sarawak, untuk bertanya perkembangan Kes ini.


q.  Setiap kali bertanya tentang perkembangan kes, jawapannya sedang siasat, belum lengkap siasatan, masih di pihak atasan, kencari pegawai-pegawai Tudm untuk di ambil keterangan dan lain-lain.


r.  Kepulangan suami saya pada April 2011 ke Sarawak, telah dapat berjumpa dengan Setiausaha Timbalan Menteri Sain dan Inovasi Malaysia iaitu YB Dato Fadilah Yusuf. Suami saya meminta jasa baik Dato Fadilah Yusuf membuat surat, merayu pihak Pegawai Penyiasat di Ipd Kuching, supaya memcepatkan siasatan kes Kami. Setiausaha Dato Fadilah telah membuat surat dan salinan telah di berikan kepada kami.


s.  Minggu lepas, salinan surat dari Ipd Kuching, Sarawak yang telah di hantar kepada YB Dato Fadilah Yusuf telah kami terima. Salinan surat tersebut menyatakan pihak polis tidak boleh memaklum perkembangan siasatan kepada orang lain selain dari pengadu.


t.   Dan kini, kami di hubungi oleh Pegawai Penyaisat melalui handphone, memberitahu kertas siasatan telah di hantar kepada pihak atasan PDRM Kuching untuk tindakan seterusnya.


2.   Dengan ini, saya berharap agar pihak tuan di PKR Pahang dapat membantu saya dalam menyuarakan dalam seperti berikut :-


      a.    Mengesa pihak PDRM mempercepatkan siasatan, kerana terlalu lama.


      b.    Membuat pendedahan sebenarnya dan bertanya mengapa tergamaknya pihak Tudm

             melakukan perkara yang memalukan itu kepada saya dan anak-anak. Apa salahkami..?


      c.    Ingin bertanya, di mana undang-undang dan akta kanak-kanak( berumur 5-17 tahun).


      d.    Kenapa pihak Tudm Mejar Kamariah bte Belu,  memberhentikan persekolahan anak-

             anak kami di  Kuching, Sarawak, tanpa pengetahuan kami sebagai ibubapa setelakami

             di buang ke semenanjung.


      e.    Bagaimana kesudahannya penyakit yang terpaksa saya alami ini yang berpunca dari

             penganiayaan  pihak Pentadbiran Tudm.

      f.    Pendedahan perlu untuk warga ATM, serta PDRM, dan pada  rakyat Malaysia. Tanpa  
            Gesaan dan Suara KeAdilan maka berkuburlah  kes kami ini.
Sekian. Wassalam.
Yang Benar
CHE MURNI DARA BTE MAT ZAIN

Diminta kepada para pembaca yang perihatin supaya sebarkan aduan ini.Terima kasih.

15 orang berkata:

Anonymous said...

bukan nak membela....tapi patut diselidiki....ramai nama pegawai tudm disebutkan.pergilah tanya mereka tu...kenapa polis lambat buat siasatan...kenapa x cerita salah sendiri...

Anonymous said...

Sadis sungguh apa yg berlaku pada keluarga ini. Seolah-olah tidak masuk akal. Tapi apa puncanya. Cuba ceritakan sepenuhnya. Tapi sekiranya kejadian ini benar berlaku, tindakan perlu diambil kepada mereka yg bertanggungjawab.

Anonymous said...

salam dan selamat berpuasa,,,saudara perkara2 mcm ni tak patut terus dipublishkan terus tanpa membuat reaseach dahulu,,sekiranya bnda tu sekadar dakwaan maka ade pihak yang akan terjejas...lebih baik saudara remove la posting ini demi keadilan,,,salurkan mklumat kepada pihak berkenaan utk tindakan,,,saya rasa lebih adil kan...saudara juga boleh rujuk berita link http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=409249 utk kepastian...bulan baik ni lebih baik kita berpesan2 untuk kebaikan bersama kan,,,sekian terima kasih...

SugarBrain said...
This comment has been removed by the author.
SugarBrain said...

Saya harap saudara buat la semakan terlebih dahulu..Belum apa2, saudara dah minta org sebarkan berita yang tidak betul...FITNAH dah tu..Hasil semakan yang saya buat berkaitan maklum balas KEMENTAH di beberapa akhbar dan internet:

1. Faizzal Jinong (FJ) tidak menjelaskan bil tertunggak kuarters yang diduduki sebanyak RM1,670.00.

2. FJ tidak pernah hadir ke Jabaran Arah Rekod dan Pencen walaupun diarahkan dan enggan memberi kerjasama yang sewajarnya kepada pasukan yang urus dokumentasi akhirnya.

3. KEMENTAH dah buat pembayaran Faedah Gantian Cuti Rehat (FGCR) pesara sebanyak RM904.61 pada 8 Disember 2008 yang dikreditkan ke dalam akaun beliau.

4. Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dah buat pembayaran Ganjaran Perkhidmatan sebanyak RM57,251.19 (ditolak pinjaman perumahan RM3,094.98 pada 25 Mac 2008.

5. Bayaran tunggakan pencen perkhidmatan [esara dah dibayar pada 21 Apr 2008 berjumlah RM9,840.21 termasuk bayaran pencen mulai 11 Oktober 2008. Beliau layak menerima pencen sebanyak RM1, 473.65 sebulan, tapi pencen bersih ditolak sebanyak RM957.82 setelah ditolak pinjaman perumahan kerajaan sebanyak RM515.83 sebulan.

6. Pembayaran dari Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) tak dapat dibuat kerana FJ tidak langsung buat sijil Penyelesaian Hutang di UGAT. FJ turut pernah buat pinjaman di Affin Bank sebanyak Rm20,000 dengan menggunakan wang LTAT sebagai cagaran.

**Bulan Ranadhan ni perbanyakkan amalan, bukannya ajak saudara lain tabur fitnah..

KESEMUA MAKLUMAT DAN INFORMASI BOLEH DIDAPATI DI AKHBAR NST, BERITA HARIAN DAN SUMBER-SUMBER LAIN DI INTERNET.

Unknown said...

Hello Am Puan, Morgan Debra Am pemberi pinjaman pinjaman yang sah dan boleh dipercayai memberi pinjaman
atas terma yang jelas dan mudah difahami dan syarat pada kadar faedah 2%. dari
$ 12000 kepada $ 7000000 USD, Euro Dan Pounds Sahaja. Saya memberi Pinjaman Perniagaan,
Pinjaman Peribadi, Pinjaman Pelajar, Pinjaman Kereta Dan Pinjaman Untuk Bayar Off Bil. jika anda
memerlukan pinjaman apa yang anda perlu lakukan adalah untuk anda untuk menghubungi saya secara langsung
di: morgandebra1986@gmail.com
Tuhan memberkati Anda.
Yang benar,
Puan Morgan Debra
E-mel: morgandebra1986@gmail.com


Nota: Semua jawapan hendaklah dihantar kepada: morgandebra1986@gmail.com

aa said...

Kpd pemilik blog...Nak jadi pembela kena adil..siasat dulu..ATM tidak aniayai anggota, malah anggota itu sendiri yg bermasalah...antara puncanya judi, perempuan, wang ringgit dan arak

Anonymous said...

Apakah Anda membutuhkan pinjaman? Apakah Anda telah mencari di mana untuk mendapatkan pinjaman? Apakah Anda pernah mencoba untuk mendapatkan jenis pinjaman? kemudian menerapkan sekarang di? (carlosellisonfinance@outlook.com) jika Anda ingin mendapatkan pinjaman terjangkau. Pinjaman yang ditawarkan di sini pada tingkat bunga yang sangat rendah dari 2%. Hubungi kami jika anda tertarik.

Unknown said...

north face outlet
rolex watches
uggs outlet
yeezy boost
louis vuitton online
canada goose outlet
air jordan shoes
prada shoes
mizuno running shoes
adidas uk
20161210lck

Unknown said...

longchamp le pliage
pandora jewelry
bills jerseys
hollister clothing
michael kors uk
michael kors handbags wholesale
michael kors handbags wholesale
instyler max 2
redskins jerseys
adidas nmd runner

Unknown said...

broncos jerseys
ecco shoes
cheap jordan shoes
michael kors handbags
michael kors outlet
dallas cowboys jersey
nike roshe run
nike trainers uk
minnesota vikings jerseys
abercrombie and fitch

Unknown said...

2018323 leilei3915
ray ban sunglasses
michael kors outlet
mbt shoes
ray ban sunglasses outlet
coach outlet online
michael kors outlet online
christian louboutin outlet
michael kors outlet
canada goose jackets
canada goose outlet

jeje said...

nike trainers sale
nike outlet store
moncler jackets
nike sale
michael kors handbags
longchamp sale
football pas cher
coach outlet online
washington redskins jerseys
clippers jersey for sale

Unknown said...

oakley sunglasses
nike free
hermes belt
adidas nmd
kd shoes
fitflops sale clearance
calvin klein outlet
nike air huarache
adidas iniki

Unknown said...

basket nike femme
off white clothing
moncler jackets
uggs outlet
yeezy shoes
oakley sunglasses wholesale
ugg boots
michael kors outlet online
canada goose jackets
ultra boost 3.0

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.