Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAJIB, ZAHID HAMIDI, PEGAWAI ATASAN TENTERA BERTANGGUNGJAWAB


BONGKAAAAAR ! SIAPA PEGAWAI TENTERA BAGI ARAHAN !

17 August 2011




Najib sebagai bekas Menteri Pertahanan dan Zahid Hamidi Menteri Pertahanan sekarang terus diam seribu bahasa tidak berkata sepatah pun tentang pendedahan yang dibuat oleh beberapa bekas anggota tentera berkenaan penyelewengan dan penipuan undi pos.


Kedua-dua mereka hanya membiarkan Panglima ATM mengulas isu tersebut.


Media hari ini melaporkan bahawa Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menyifatkan mereka yang mendakwa pihak tentera terbabit dengan penyelewengan sistem pengundian pos sebagai tindakan pengkhianatan.



Dalam satu kenyataan media yang penuh emosi, petang ini, Zulkifeli mencabar mereka yang membuat dakwaan itu dan mempersoalkan kesetiaan mereka kepada Angkatan Tentera Malaysia.“Tindakan-tindakan seumpama ini boleh ditafsirkan sebagai satu tindakan pengkhianatan dan harus dihentikan serta merta.
ATM sebagai benteng pertahanan negara harus disokong dan diberi sokongan padu oleh semua lapisan rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan pendirian politik...“Diharap semua pihak tidak menjadikan ATM sebagai scapegoat dalam meraih sokongan dan memenuhi kepentingan mereka... Rakyat perlu menunjukkan sokongan, menghargai sumbangan dan peranan ATM. “Dalam konteks ini persoalannya adalah 'How can we be loyal to you if you are disloyal to us'.” kata Zulkifeli.


Sebagai seorang manusia yang takut kepada Allah dan ada maruah, adakah kita patut bersekongkol dengan penipuan, penyelewengan dan kezaliman seperti ini. Malah kita diwajibkan menentang dan mencegah kemungkaran seperti menipu dan menyeleweng seperti ini. Seorang Panglima Tentera sepatutnya berjiwa besar dan sanggup memperbetulkan segala kesilapan dan kekurangan yang jelas ujud di dalam sistem undi pos.


Rakyat memuji keberanian bekas-bekas anggota tentera tersebut yang sanggup berterus terang tentang perkara yang terjadi sebenarnya. Mereka mempunyai maruah dan harga diri tidak mahu bersekongkol dengan kemungkaran penipuan tersebut.


Sepatutnya Panglima ini berkata pihaknya akan menyiasat dan akan mengambil tindakan bukannya marah tidak tentu pasal.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Apa pula panglima dok marah bekas orang dia mendedahkan kebenaran. Mana ilmu depa belajaq ni.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.