Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NEGERI PERAK DENGO CERITANYA LAGI TEROK YOB OOOOI !!!

Aug 11, 2011

MAIS..MAIS!!! Kutip Zakat Ratusan Juta..Beri cuma RM350 ajer.

Assalamualaikum Wbr....


Check balik...Apakah tujuan MAIS ditubuhkan??? Adakah untuk memberi pekerjaan kepada umat Islam bekerja di MAIS atau untuk membantu orang-orang ISLAM yang hidup susah, papa dan miskin serta ASNAF yang dhoif.

Memang bengang dan berdengung telinga bila menerima khabar dalam sesi Tazkirah, yang MAIS tidak mempergunakan sepenuhnya wang zakat dari sumbangan rakyat untuk membantu asnaf yang susah.   Sedangkan jumlah zakat yang MAIS kutip mencecah hingga ratusan juta, dan pada tahun lalu sahaja jumlahnya....RM360Juta melebihi budget bagi Kerajaan Negeri Terengganu.

Cuba bayangkan besar tak besar kutipan zakat...sama besar dengan budget Kerajaan Negeri Trengganu dan KEDAH.  

Tapi ke mana wang itu...kenapa masih ada lagi asnaf yang masih susah hingga ke hari ini....?  Apa sudah jadi dengan ko nie MAIS.  Kenapa begitu sayangkan duit...Heii...Ini bukan duit korang laaa.....duit ini untuk orang susah, papa dan miskin.   Kenapa masih lagi terkebelakang dalam menghulurkan bantuan.  Dari dulu sampai sekarang masih berada ditakuk lama dengan menghulurkan RM350 bagi suatu keluarga susah.

Sungguh memalukan.....Aku BENCI dengan MAIS yang sebegini.
    

Cukup ker makan bagi keluarga miskin yg ramai anak....Ingat-ingatlah....gaji beribu sekarang pun ramai daripada kita yang tak cukup nak makan yang sedap-sedap sikit..  Inikan pula mereka yang miskin lagi papa ini.   

Sedangkan Pihak Gereja Kristian menghulurkan bantuan kepada umat Islam yang susah sepalat-palatnya RM1000 seorang. MAIS pula bagi RM350,   Mana org Islam tak termakan dengan umpan duit ini jika mereka susah.  orang kalau dah susah hidupnya......bunuh orang pun mereka sanggup.

Kalau mereka masuk Kristian...MAIS laa yang menanggung DOSANYA.   Ko jawablah di hadapan Allah nanti...Tak payah tunggu dihadapan Allah....dalam kubur ko dah kena belasah.
Ini menunjukkan salah urus MAIS.    Hinggakan mereka yang ISLAM ini terpaksa menerima bantuan yang dihulurkan dari pihak Gereja Kristian.  Dan mereka dikristiankan dalam diam-diam akibat termakan budi dan wang.

4 orang berkata:

otaklunyai said...

kalau bab zakat jabatan2 agama dan majlis2 agama memang tak guna ... aku dah lama tak keluar zakat kat dua2 badan boddoh nih..

Anonymous said...

Bayar terus je kat orang miskin tu, jangan beri kat kjaan. Allah tahu. Tapi pastikan yang benar-benar layak ye.

BZ said...

Dia ingat duit mak bapak dia.
Tahun 1987 di Kuantan,aku hulurkan wang zakat fitrah aku pada seorang
kakak bersama anak kecilnya yang
menghulur tangan kearah aku semasa
dalam perjalanan ke masjid untuk
solat hari raya.Semua ini antara
kita dengan ALLAH.

Anonymous said...

Bukan zakat saja..semuanya dah di perdagangkan.
Nikah.Cerai.Logo Halal.
Jangan terkejut satu masa nanti munkin ada jabatan merperbaharui surat cerai lama.Menukar status janda
ke berkehwin melalui perdagangan nikah.
Apa sebab ramai yang lari berkahwin di Siam? kalau bukan kerana jerat2 birokrasi ugama?
-Haji marlboro.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.