Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PANEL PARLIMEN KELAMKABUT, IBARAT MENAHAN LUKAH DITEMPAT GENTING

Najib: PRU-13 boleh dipanggil bila-bila, tak terikat dengan panel Parlimen

TERKINI @ 07:25:13 PM 19-08-2011
August 19, 2011
 
KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Datuk Seri Najib Razak berkata pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan bila-bila masa dan tidak akan bergantung pada prosiding jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang dibentuk untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan pilihan raya. Jawatankuasa sembilan anggota itu akan dibentuk Oktober ini.

Bagaimanapun kata perdana menteri, oleh kerana jawatankuasa itu akan terbubar dengan sendiri bersama pembubaran Parlimen, apa sahaja pembaharuan yang boleh dilaksanakan akan diadakan terlebih dahulu.

“Pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa, tiada apa-apa kaitan dengan jawatankuasa pilihan khas Parlimen. Ada perkara yang boleh dijalankan lebih awal,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini.

Sementara mandat semasa Parlimen akan berakhir April 2013, sesetengah pihak berpandangan bahawa jawatankuasa itu memerlukan tempoh satu tahun untuk menyiapkan laporannya.
Najib juga mengetepikan ugutan daripada Pakatan Rakyat yang mahu memulaukan jawatankuasa pilihan khas itu jika terma rujukan tidak memuaskan.

“Ini adalah tawaran ikhlas daripada kami,” kata beliau sambil menambah, pentadbirannya mahu mengadakan perbincangan dengan segenap lapisan pihak untuk mendapatkan konsensus mengenai pembaharuan yang hendak dibawa.

Isnin lalu, Najib mengumumkan pembentukan satu jawatankuasa pemilih secepat mungkin untuk meneliti status sistem pilihan raya ekoran kritikan dan dakwaan wujudnya kepincangan dan kecacatan.

Perdana Menteri berkata jawatankuasa itu akan dianggotai oleh wakil Barisan Nasional (BN) and Pakatan Rakyat.

Minggu lalu Pakatan Rakyat memberi tempoh tujuh hari agar Najib memanggil satu sidang khas Parlimen bagi membincangkan isu berkaitan dengan pilihan raya negara ini.

Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan 9 Julai lalu dengan meletakkan lapan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya.

Terdahulu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menegaskan matlamat pembentukan jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya tidak akan berjaya sekiranya ia hanya melibatkan perbincangan satu hala.

Beliau juga menyifatkan pembentukan jawatankuasa itu sebagai “penghias jendela” selain menegaskan Putrajaya tidak serius untuk melakukan reformasi sistem pilihan raya.

“Apabila mereka hanya menggunakan pendekatan sehala sahaja tanpa berunding tentang penubuhan ini, apa maknanya pembaharuan pilihan raya yang mereka nak buat sedangkan tidak mungkin jawatankuasa ini akan mencapai matlamat sekiranya pengerusinya sudah pasti seorang menteri dan mereka majoriti dalam jawatankuasa ini

“Ini hanya penghias jendela sahaja dan ini membuktikan kerajaan tidak serius menangani isu yang kita tuntut dan jawatankuasa ini sekadar melepaskan batuk di tangga dan untuk mengalih pandangan daripada isu sebenar,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.