Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PANTANG MINTAK MA'AF DALAM POLITIK




Umno Dalangi Jais, Mustapa Tidak Minta Maaf

Posted on Friday, August 19 @ 07:10:14 PDT by tokdalang

Oleh Mohd Sayuti Omar
ISU masuk tanpa izin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke gereja Methodist Damansara Utama sudah dipolitik oleh pihak-pihak tertentu. Isu ini mudah diratah oleh pihak-pihak berkepntingan untuk manfaat politik mereka tanpa mengkaji atau pun mendapatkan maklumat sebenarnya.

Bukan saja parti politik Pas dan Umno yang dilihat terdedah dengan isu ini tetapi Ngo-Ngo berorentasikan agama dan kaum juga cepat bingkas untuk mengambil bahagian sama dalam isu ini. Agak mengilankan sedikit boleh dikatakan semua Ngo menunjukkan sikap berpihak mereka dalam hal ini dengan cuba menyalahkan Pas.


Pas diletakkan dalam keadaan bersalah apabila parti itu mengambil pendekatan lunak dan terbuka terhadap apa yang berlaku. Sesetengah pemimpin Pas meragui apa yang berlaku itu sebagai tektik Umno hendak memusnah atau pun damegkan Pas sebagai parti Islam. Sebenarnya tuduhan itu agak rakus dan kurang cermat.

Ini sedikit sebanyak ada salah Pas. Saya sudah mengatakan Pas seharusnya tidak memerlukan siasatan mengenai apa yang berlaku. Pas boleh mendapat maklumat daripada Exco agama yang berkebetulan ahlinya. Lagi pun Exco iaini Hasan Ali sudah jelaskan kepada Pas duduk perkara sebenarnya. Apa bila ada ahli yang terus mahu menyiasat sendiri dengan mengadakan perjumpaan dengan pihak gereja ia menunjukkan Pas tidak percaya kepada ahlinya sendiri.

Dalam soal ini sentimen dan dendam politik hendaklah diketepikan dan semua pihak menghalakan kepada satu tujuan - iaitu untuk membela Islam. Sepatutnya perbezaan pendapat dalam mencari kemenangan tidak mengaitkan atau dikaitkan dengan soal-soal agama, kerana soal agama adalah soal spritual bukan politik.

Setiausaha Agung Pas, Mustapa Ali pula telah mendakwa tindakan Jais itu sebagai didalangi oleh Umno. Tentunya Umno akan merasa marah dan tercabar dengan apa dibayangkan Mustapa Ali. Mustapa pula menurutunya ada info-info dan maklumat mengenai peranan Umno itu.

Mustapa dalam satu kenyataan sebelum ini membayangkan sebuah parti Melayu terbesar ada berperanan terhadap Jais untuk menimbulkan isu-isu berkaitan politik yang dikira memberi untung kepada parti berkenaan. Adalah dipercayai bayangan Mustapa itu tertuju kepada Umno.
Pendirian Mustapa itu menunujukan dakwaan beliau itu bukan main-main. Semestinya beliau tidak akan membuat kenyataan itu sekiranya tidak ada bukti jelas. Mustapa mungkin tahu bahananya kalau ia sekadar iseng-isengan saja dalam hal ini. Dia boleh dihadap ke mahkamah oleh Umno.

Setiausaha Umno Selangor Mohd Zain Abdullah dalam satu kenyataanya memberi tempoh tiga hari supaya Mustapa meminta maaf. Bagaimana pun Msutapa dengan tegas mengatakan dia tidak akan memohon maaf kerana apa yang diucapkan itu ada kebenarannya.

Di sini salah satu bukti menunjukkan Umno terlibat dalam gerakan Jais seperti mana disebut Mustapa itu apabila akhbar milik Umno, Utusan Malaysia sangat ke depan dalam isu ini. Cara akhbar Umno itu mendedahkan isu-isu yang ada hubung kait dengan Jais jelas dan nyata akan maksudnya. Mungkin dari sini antara bukti yang diguna pakai oleh Mustapa.

Seharusnya pertelingkahan dan tuduh menuduh dalam isu agama ini tidak berlaku. Pas tidak perlu menuduh Umno dan Umno pula tidak perlu cuba memburukkan Pas kononya membela pihak gereja. Ngo berdemonstrasi mempertahankan tindakan Jais seharusnya tidak disulami dengan tindakan mengecam mana-mana pemimpin Pas atau pemimpin kerajaan Selangor. Cara dan tindakan buruk itu bukan memudahkan penyelesaian tetapi merumitkan lagi.

Sekali lagi mungkin kerana kerenah itulah menyebabkan Mustafa beranggapan ia ada kena mengena dengan Umno.

Apa yang patut berlaku dalam isu gereja atau pun aktiviti cuba memurtadkan orang Islam ini kedua parti duduk semeja berbincang macam mana hendak mengatasinya. Kalau perlu pemimpin tertinggi Pas duduk bersama pemimpin Umno bersama Mufti dan pihak berkuasa lain duduk. Sebab amanah dan tanggungjawab menjaga agama ini bukan hak sesiapa.

Selagi isu itu ditangani secara berasingan maka ia tidak dapat dielakkan akan timbul prejudis yang akhirnya menyebabkan kedua pihak akan terus dipisahkan oleh jurang menggerunkan. Dalam hal ini juga Pas tidak perlu terlalu menjaga hati rakan-rakan politik lain yang tidak beragama Islam kerana bimbangkan kepada kepentingan politik. Isu agama hendaklah dilihat terpisah dari isu politik.

Tidak timbul mana-mana pihak baru ingin menerima hakikat atas apa yang berlaku setelah Jais membawa ke mahkamah. Mahkamah itu urusan lain. Di sini apa yang pentingnya setiap dari umat Islam harus bertanggungjawab menjaga kesucian agama Islam. Sama ada apa benar berlaku murtad atau tidak di gereja berkenaan, umat Islam perlu senantiasa berada dalam keadaan berwaspada dengan segala kemungkinan.

Telah termaklum lama sebelum ini antara sebab kenapa pertahanan akidah dan politik kita rapuh dan mudah dibolosi musuh ialah kerana tidak wujudnya persefahaman sesama kita. Sengketa menjadi ruang dan lubang yang sering diambil kesempatan oleh musuh

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.