Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PELAJARAN AKIDAH DAH TERKUBUR, TAK HAIRAN MENGAPA RAKYAT TAK TAHU AKIDAH

Pemuda PAS: Putrajaya perlu serius bendung usaha pesong akidah umat Islam

August 08, 2011
Nasrudin menegaskan bahawa pengagihan wang bantuan mestilah setimpal dengan kecekapan pungutan zakat. — Foto fail
 
KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Tegas mempertahankan pendirian kepimpinan tertinggi PAS dalam isu serbuan ke atas sebuah gereja minggu lalu, sayap pemuda parti Islam itu menggesa Putrajaya untuk mengambil langkah proaktif untuk memastikan umat Islam tidak terpesong akidah dan murtad.


Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, Putrajaya melalui agensi-agensi agama perlu menjaga kebajikan dan keperluan asas umat Islam yang miskin dengan menyalurkan bantuan yang sepatutnya.

“Kerajaan yang memerintah mesti mengambil langkah yang lebih tegas untuk memastikan tiada aktiviti mungkar dan maksiat yang menghela ke arah rosaknya keperibadian umat Islam dan lunturnya nilai keimanan mereka dengan menjaga kebajikan dan keperluan asas rakyat dengan meletakkan agensi-agensi tertentu seperti Pusat Pungutan Zakat dapat berorientasi dengan lebih berkesan.

“Bukan hanya memungut zakat tetapi cepat dan cekap mengagihkannya kepada asnaf yang berhak menerimanya. Begitulah Baitulmal, Pusat Kebajikan Masyarakat dan lain-lain agensi yang berkaitan. Jangan ghairah membeli lampu kristal, carpet tebal dan khat hiasan dinding masjid yang mencecah ratusan ribu dan jutaan ringgit tetapi masih ada ummat Islam yang terpaksa menadah tangan di pintu gereja,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya, Rabu lalu.

Pada kejadian malam Rabu itu, kira-kira 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis gereja tanpa waran kira-kira 10 malam.

Semalam PAS mengambil pendirian untuk mengadakan pertemuan dengan Jais dan Gereja Methodist Damansara Utama bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai kotroversi terbaru.

Selain itu, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan “bukan sesuatu haram” jika umat Islam menerima bantuan daripada mana-mana penganut agama lain termasuk Kristian sekiranya terpaksa berbuat demikian.

Tegas Asri, beliau difahamkan umat Islam yang hadir dalam satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama adalah untuk mendapatkan bantuan yang gagal dilaksanakan agensi agama Islam melalui pemberian zakat.

Jelas beliau, kemungkinan umat Islam yang hadir itu “terpengaruh” dengan agama Kristan disebabkan sikap baik penganutnya membantu mereka. Tindakan Jais itu mendapat kritikan banyak pihak.

Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali mempertahankan atas alasan ada bukti pihak terbabit mahu memurtadkan umat Islam.

Tambah Nasrudin, selain agens-agensi agama umat Islam juga perlu memikul tanggungjawab untuk membantu masalah yang melibatkan penganut agama itu.

“Tanggungjawab ini mesti dipikul oleh semua orang Islam dan pemimpinnya justeru ia melibatkan masalah umat Islam. Umat Islam mesti bersatu di bawah payung aqidah ini dan memastikan tiada ruang retak dan bocor sebagai laluan dan peluang musuh Islam menyelinap masuk meruntuhkan struktur kekuatan umat Islam dari dalam.

“Justeru harga akidah umat Islam tidak boleh dibayar dengan nilai sebuah atau lebih kerusi Parlimen mahu pun DUN (Dewan Undangan Negeri), demikian juga tidak boleh ditebus dengan nilai jawatan bertaraf menteri atau wakil rakyat sebaliknya nilai akidah, taruhannya ialah darah dan nyawa,” katanya.

Bagaimanapun beliau percaya isu serbuan ke atas gereja itu akan dieksploitasikan sesetengan pihak yang mahu menagih politik murahan untuk mengalih punca kepada polemik itu.

“Ringkasnya pendirian Pemuda PAS adalah kami konsisten berjuang untuk menegak dan memelihara aqidah Islamiyah dan dalam masa yang sama, kami menghormati hak bukan Islam sebagaimana yang telah diajar oleh syariat Islam itu sendiri.

“Kami menasihati dan memberi peringatan tegas kepada semua pihak agar akidah umat Islam, pemikiran dan akhlak mereka jangan diganggu dan dirosakkan dengan pelbagai dakyah, aktiviti dan gerakan sama ada bersifat terbuka dalam aktiviti sosial  atau sembunyi di sebalik badan-badan bukan kerajaan,” katanya.

Nasrudin juga menegaskan semua negeri harus mengambil pendekatan berkesan untuk membantu rakyat.

“Jangan kerana miskin, akhirnya mereka menjadi murtad kerana menagih simpati dan bergantung harap kepada pihak yang mengambil kesempatan untuk merosakkan pegangan agamanya,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.