Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

pilihanraya akhir tahun


 
 
- Bajet Terengganu 2011 menokok menjadi RM2.03 bilion

KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu masih berkeyakinan pilihanraya umum ke-13 (PRU ke-13) akan tetap diadakan menjelang akhir tahun ini.

Pesuruhjayanya, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional mengumumkan penubuhan pembentukan jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya hanyalah bersifat 'kosmetik'.


"ia hanya 'kosmetik', solekan semata-mata, cuba mengalihkan isu kerana tak lepas nak jawab pendedahan demi pendedahan yang dibuat berkenaan daftar pemilih yang tidak bersih, tidak telus,"ujarnya


[Gambar - Haji Wahid menyampaikan 'tazkirah' selepas solat zohor di surau al-Huda, di pejabat PAS, sebelum mesyuarat pra sidang DUN ]

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat pra sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di pejabat PAS di sini Khamis, 18 Ogos.


Oleh itu, beliau menggesa kepada semua ahli, penyokong dan pendokong PAS mengambil kesempatan bulan Ramadhan ini untuk menggandakan usaha menarik sokongan rakyat.


Mengulas tentang sidang DUN Terengganu yang akan diadakan pada 22 dan 23 Ogos depan, hanyalah dipanggil semata-mata untuk meluluskan bajet tambahan negeri Terengganu.


"Peruntukkan tambahan yang akan dikemukakan kerajaan adalah untuk Pejabat SUK sebanyak RM 105,543,600.00 dan untuj Pejabat Tanah dan Galian sebanyak RM50,000,000.00,


"Jumlahya RM 155,543,600.00, kalau campur dengan bajet 2011 yang dibentang sebanyak RM1.88 bilion, maknanya, bajet Terengganu 2011 seebnarny RM2.03 bilion,"jelasnya.


>>>Berita lanjut menyusul

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.