Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PULAAAAAK ! BEGITU PULA JADINYA !

Jumaat, 12 Ogos 2011

Memalukan !!! Najib, Rosmah muncul di mahkamah tapi enggan ditemu bual peguam Anwar



KUALA LUMPUR, 12 Ogos — Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor hadir di kompleks mahkamah Jalan Duta di sini petang ini, tetapi tidak mahu ditemu bual oleh pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Karpal Singh. 
 
Seorang peguam Anwar, Sankara Nair berkata tidak disangka-sangka beliau dimaklumkan pada pukul 2.25 petang bahawa Najib dan Rosmah (gambar) sudah pun menunggu peguam-peguam Ketua Pembangkang.
 
“Mereka mula dengan berkata mereka tidak mahu ditemu bual,” kata Karpal selepas menemu bual tiga saksi hari ini.
 
“Sesuatu mengejutkan sebab mereka sepatutnya sukarela khususnya Datin Seri Rosmah,” kata beliau sambil menambah, pasangan itu tidak memberikan sebarang alasan.
 
Laporan media sebelum ini menyebut, Najib dan Rosmah dilaporkan tiba di kompleks mahkamah pada pukul 2.55 petang dan keluar kira-kira setengah jam kemudian.
 
Ketika itu, selain Karpal turut berada di mahkamah ialah S.N. Nair dan Datuk Param Cumaraswamy. Rabu lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir semasa temu bual 15 saksi, termasuk Najib dan Rosmah.
 
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan bahawa tertuduh mempunyai hak untuk hadir semasa temu bual berkenaan.
 
Kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan memohon perintah hakim perbicaraan selepas dua saksi iaitu bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof membantah kehadiran Anwar semasa temu bual itu Selasa lalu.
 
Isnin lepas, Zabidin membenarkan permohonan Anwar untuk menemu bual 15 saksi termasuk Najib, Rosmah, Musa, Rodwan dan 11 orang lagi.
 
Hakim itu turut menetapkan 15 hingga 26 Ogos bagi kes pembelaan. Di akhir kes mereka, pendakwaan menawarkan 71 saksi, termasuk Najib dan Rosmah. Pihak pembelaan memilih untuk menemu bual hanya 25 orang dan setakat ini, hanya lima orang yang telah pun ditemu bual setakat Isnin lalu.
Mereka ialah bekas ratu pecut negara, Datuk Mumtaz Jaafar, Dr Mohd Osman Abd Hamid, yang sebelum ini bertugas di Pusrawi, adik perempuan bongsu Mohd Saiful Bukhari Azlan iaitu Saidaiti Azlan, seorang doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang hanya dikenali sebagai Dr Daniel, dan Khairil Anaz Yusof, pembantu khas Najib ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.
 
Pada 16 Mei lalu, Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bahawa bekas pembantnya Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes itu, adalah seorang saksi yang boleh dipercayai dan berwibawa.
 
Anwar, 64, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, atas tuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.TMI
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.