Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SABO JE LA !


Monday, August 8, 2011

Nilai Bursa terhakis RM65 Billion.. Pengaruh Najib juga bakal terhakis..


Semalam Mingguan Malaysia melaporkan bahawa kejatuhan pasaran saham Asia yang disebabkan krisis hutang Eropah dan kelembapan ekonomi Amerika Syarikat (AS) tidak akan memberi kesan buruk kepada kestabilan ekonomi negara.


Ianya dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang memetik bahawa perkembangan tersebut hanya bersifat sementara dan belum ada petunjuk kemungkinan berlaku kemelesetan ekonomi dunia dalam masa terdekat.'

'Saya fikir keadaan ini tidak akan menjejaskan kita kerana ekonomi negara tidak terdedah secara terus dengan krisis yang sedang berlaku di AS dan Eropah," katanya selepas menyampaikan bantuan kepada ibu tunggal bagi Parlimen Tasek Gelugor .


Beliau diminta mengulas kejatuhan pasaran saham Asia berikutan keadaan ekonomi di AS dan Eropah sekali gus mencetuskan kebimbangan fenomena kemelesetan ekonomi dunia akan berulang.Semalam, Dow Jones mencatatkan kejatuhan paling teruk iaitu 4.3 peratus dalam tempoh sehari sejak 2008.Tan Sri Nor Mohamed berkata, senario tersebut banyak dipengaruhi kebimbangan terhadap cara AS mengurus perbelanjaannya selain pertumbuhan ekonomi yang sangat perlahan.


Beliau bagaimanapun berkata, perkembangan itu hanya bersifat sementara dan proses pemulihan ekonomi dunia yang menjadi perlahan banyak bergantung kepada pertumbuhan ekonomi di China dan India.


''Dalam hal ini, kita mempunyai asas ekonomi yang kukuh untuk berdepan apa juga kemungkinan ekoran ketidaktentuan yang sedang berlaku.


''Kita juga bernasib baik kerana mempunyai hubungan dagang dengan China dan India yang merupakan gergasi ekonomi dunia dan pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara ini juga merupakan faktor penting kepada pemulihan ekonomi dunia," jelasnya.



Tapi hari ini....


Malaysia terus rasa kesan global, nilai Bursa ‘terhakis’ RM31 bilion lagi


Pasaran saham di Malaysia terus merudum dengan nilai dianggarkan RM31 bilion ‘terhakis’ dari Bursa Malaysia ekoran kebimbangan yang dirasai di peringkat global ekonomi, susulan krisis kredit Amerika Syarikat.


Ekoran trend jualan saham yang diakibatkan oleh penurunan taraf oleh Standard and Poor ke atas kredit Amerika Syarikat dan Eropah, pasaran saham Kuala Lumpur terhakis nilai sehingga RM65 bilion sejak Isnin lalu.


Pemegang-pemegang saham yang rugi mengatasi mereka yang membuat untung – 1,051 berbanding 67 hari ini, manakala indeks Emas menurun 2.39 peratus sehingga 10,227.95 mata, paling rendah dalam lima bulan.


Tanda aras FBMKLCI ditutup 1,496.99, menurun 1.8 peratus, juga paling rendah dalam lima bulan.


Malaysia berhadapan dengan perkembangan ketika spekulasi mengenai pilihan raya umum ke-13 dalam waktu terdekat berterusan.


Ketua firma penyelidikan OSK Chris Eng berkata, meskipun ada kemungkinan kecil pemulihan pada hari-hari mendatang, pasaran tidak mungkin akan meningkat ke paras yang direkodkan bulan lalu dan akan kekal mudah meruap.


“Kami menurunkan gred pasaran hari ini dengan fikiran bahawa penggal pertengahan tidak kelihatan begitu baik, khususnya selepas S&P (Standard and Poor) menurunkan gred (penarafan kredit jangka panjang AS).


“Jelas bahawa pelabur-pelabur mula lebih melihat ke atas saham-saham defensif (alternatif),” kata beliau yang turut mengesyorkan saham-saham dalam bidang kesihatan, media dan kepenggunaan untuk diberi perhatian.


Eng menambah, sementara pasaran memperlihatkan respons positif sebelah tengah hari tadi ekoran laporan bahawa European Central Bank membeli bon-bon Itali dan Sepanyol, pihaknya tidak optimis keadaan itu akan berkekalan.


“Apa yang mereka lakukan sekarang belum mencukupi,” kata beliau.


Nilai pasaran kira-kira RM26 bilion telah terhakis dari Bursa Malaysia Jumaat lalu selepas para pelabur mengambil mesej daripada apa yang disaksikan di Wall Street, yang paling buruk sejak keruntuhan Lehman Brothers pada 2008.


Pasaran-pasaran rantau Asia terus merosot hari ini sejak Standard and Poor menurunkan taraf kredit AS buat kali pertama Jumaat lalu.


Pasaran Nikkei menurun 2.2 peratus untuk ditutup 9,097.56 mata selepas ia turun serendah paras 9057.29 manakala Topix pula jatuh 2.3 peratus untuk ditutup 782.86.


Indeks Hang Seng Hong Kong menurun lebih empat peratus untuk mencecah paras paling rendah tahun ini. Indeks Shanghai menurun lebih daripada tiga peratus.


Indeks pasaran Singapura pula jatuh 3.39 peratus, Indonesia (1.82 peratus) dan Thailand (0.99 peratus).


Menurut laporan Reuters, nilai pasaran dunia terhakis AS$2.7 trillion (RM8.13 trillion) minggu lalu.


Dalam laporan terdahulu, bank pelaburan Goldman Sachs juga mengkaji semula pertubuhan ekonomi Malaysia ekoran perkembangan ekonomi semasa.


Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka berhadapan lebih banyak tekanan ekoran langkah Goldman Sachs menurunkan anggaran pertumbuhan ekonomi bagi tahun ini dan 2012.


Goldman Sachs mengkaji semula anggaran pertumbuhan ekonomi kepada lima peratus berbanding 5.4 peratus tahun ini manakala bagi tahun depan ia menetapkan 5.2 peratus berbanding 5.6 peratus yang dianggarkan sebelum ini.



The Malaysian Insider

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.