Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SAEKULAR BERTENTANGAN DENGAN AGAMA ISLAM





Memahami semula sekularisme

Posted on Wednesday, August 10 @ 23:41:39 PDT by paktam

Oleh Abu Firdaus

Ketika mulanya era kepimpinan ulama dalam PAS, soal sekularisme adalah jelas. Gerakan Islam menolak sekularisme.http://www.sekularisme.net/images/breaking_free.jpgHujahnya mudah iaitu sekularisme adalah memisahkan politik daripada agama. Sedangkan agama Islam adalah addin dan tentunya merangkumi juga politik. Justeru mengasingkan politik daripada agama adalah sesat.


Tetapi apakah yang dimaksudkan dengan agama? Dan apakah yang dimaksudkan dengan politik? Agama mempunyai tiga ciri, pertama, kepercayaan dan penyembahan pada Tuhan. Kedua, agama mempunyai tradisi, upacara dan syiar masing-masing. Ketiga, agama menyeru dan menguatkuasakan perbuatan baik.

Semua agama termasuk Islam mempunyai ciri-ciri ini. Maka dalam semua lapangan kehidupan termasuk politik memerlukan penglibatan agama, bukan saja agama Islam. Maka dalam hal ini, tidak timbul sekularisme. Malah sekularisme sebenarnya tidak wujud kerana mana-mana negara mesti membabitkan agama atau kepercayaan.

Jadi masalahnya, agama yang mana sepatutnya diterima pakai oleh sesebuah negara? Tentu  orang Islam beranggapan bahawa agama Islamlah yang sepatutnya menjadi agama negara.

Tetapi hakikatnya, sesebuah negara mempunyai penganut daripada pelbagai agama yang masing-masing mempunyai hak serupa.

Malah di kalangan warganegara, terdapat juga orang yang tidak beragama. Sudah tentu mereka juga tidak mahu duduk di bawah undang-undang agama tertentu.

Maka tidak ada sesiapa yang mahu duduk di bawah agama lain. Justeru jalan penyelesaiannya ialah sesebuah negara itu perlu sekular, iaitu memisahkan urusan agama dengan politik. Politik di sini pula bermaksud cara kekuasaan negara dikendalikan menurut persetujuan umum rakyatnya yang berbilang agama.

Sekular di sini bermaksud urusan politik tidak dilandaskan oleh sesuatu agama, tetapi keserpakatan rakyat. Tetapi ini tidak bermakna agama tidak dicampurkan dalam politik, cuma ia dilandaskan kepada kesepakatan pelbagai agama.

Adakah sekularisme sebegini bertentangan dengan Islam? Tentulah tidak. Islam memberi kebaikan dan keadilan pada manusia. Maka begitu juga dalam urusan bernegara.

Sekularisme yang menentang agama seperti Turki menurut fahaman Kamal Attaturk dan negara-negara komunis adalah jelas bertentangan dengan kehendak Islam.

Tetapi adakah negara yang berasaskan agama tetapi menekan penganut agama lain serta melakukan kezaliman boleh diterima Islam? Tentulah juga tidak. Teokrasi bukannya negara Islam.

Sebaliknya demokrasi dan sekularisme yang dilaksanakan atas kesedaran Islam itulah negara Islam. Umpamanya negara berkebajikan tanpa dinamakan negara Islam adalah hakikatnya negara Islam.

Mungkin sampai masanya untuk tidak menyebut negara Islam, atau apa apa institusi sebagai Islam. Yang penting laksanakan kesemuanya secara Islam, dan biarkan penilaian dibuat oleh rakyat tentang sesuatu perkara sebagai kebaikan.

Perlu disedari sistem politik yang diamalkan di seluruh dunia hari ini adalah demokrasi. Ternyata sistem ini walaupun banyak keburukannya tetapi ia tetap terbaik.

Malah Iran juga mengamalkan demokrasi walaupun banyak aspek perlu diperbaiki. Sementara negara-negara lain yang tidak mengamalkan demokrasi hanya tunggu masa untuk berubah, umpamanya China.

PAS dari awal, malah sebelumnya Hizbul Muslimin dan parti-parti gerakan Islam awal dunia seperti Masyumi dan Jamaati Islam menerima sistem demokrasi.

Ikhwanul Muslimin juga bersedia untuk melibatkan diri dalam proses demokrasi. Begitu juga di awal revolusi Iran, sistem demokrasi pelbagai parti mahu diperkenalkan dengan wujudnya Parti Republik Islam. Hezbullah Lubnan dan apatah lagi Parti Milli Salamat di Turki menunjukkan kesediaan gerakan Islam menyertai demokrasi.

Pihak yang menghalang demokrasi di negara-negara Islam adalah adalah Amerika Syarikat. Merekalah yang mendokong rejim-rejim autokratik di negara-negara Islam, dari Maghribi hinggalah ke Indonesia.

Mereka sokong Reza Pahlavi dan menghalang demokrasi di Iran. Akibatnya yang muncul ialah teokrasi apabila Amerika menyokong Saddam Hussein memerangi Iran.

Sekarang barulah mereka hendak berubah tetapi dunia sudah menjadi begitu berbahaya tanpa demokrasi. Justeru, parti parti berasas Islam wajar di depan merintis demokrasi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.