Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SAMAN PETRONAS

Kes saman Petronas: Kerajaan Persekutuan kekal sebagai pencelah

08/08/2011 5:25pm

PUTRAJAYA 8 Ogos – Kerajaan Persekutuan kekal sebagai pencelah dalam saman yang difailkan kerajaan negeri Kelantan terhadap Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kerana melanggar kontrak berhubung royalti minyak.

Saman itu juga dikekalkan untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi Sivil Baru (NCvC), dan bukan di Mahkamah Komersial Baru (NCC) di mana saman itu difailkan.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin hari ini menolak permohonan kerajaan Kelantan untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 26 Mei tahun ini yang menolak dua daripada rayuan-rayuannya.

Dua rayuan itu adalah berhubung keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan kerajaan Persekutuan untuk menjadi pencelah dalam saman itu dan perintah Mahkamah Tinggi bahawa saman itu dibicarakan di Mahkamah Sivil daripada Mahkamah Komersial, yang mana saman itu pada asalnya difailkan.

Dalam menolak rayuan terakhir oleh kerajaan negeri, Hakim Zulkefli yang bersidang berhubung rayuan itu bersama dengan Hakim Tan Sri Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Suriyadi Halim Omar juga memerintahkan kerajaan negeri Kelantan membayar RM20,000 sebagai kos kepada kerajaan Persekutuan. – Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.