Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEMUA ORAG FAHAM, TAK PERLU NAFIKAN






Hide Pemuda PAS: Kami tak gunakan bekas tentera, dakwaan mereka ikhlas
 
Posted on Friday, August 19 @ 02:11:03 PDT by paktam
 PEGAWAI TENTERA ATASAN JANGAN BIMBANG, KALAU  SETAKAT GELARAN DATO DAN TAN SRI TU BOLEH DAPAT MUDAH !

KUALA LUMPUR, — Dewan Pemuda PAS pusat menegaskan tidak pernah mempergunakan bekas anggota tentera untuk mendedahkan mengenai kepincangan undi pos yang dinafikan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin semalam.

Sebaliknya Timbalan Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS pusat, Mohd Adram Musa berkata, keempat-empat bekas anggota tentera yang mendedahkan perkara itu tidak pernah dipaksa.

“Kesemua bekas anggota tentera ini hanya menerangkan pengalaman berhubung dengan undi pos, tapi Tan Sri Zulkifeli juga telah menuduh Pemuda PAS mengambil kesempatan terhadap bekas anggota tentera tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Tegas beliau, mustahil bagi pihaknya untuk mempergunakan bekas anggota tentera demi kepentingan politik.

Tambah Mohd Adram, tindakan Zulkifeli mengeluarkan kenyataan sedemikian menghina keempat-empat bekas anggota tentera itu.
“Saya ingin mempertegaskan bahawa Pemuda PAS tidak pernah mempergunakan mereka untuk membuat pendedahan. Mereka datang dengan penuh sedar, insaf dan sukarela.

“Mustahil bagi Pemuda PAS mampu mempergunakan bekas anggota tentera yang telah terdidik dengan disiplin dan jadi diri yang tinggi semasa dalam latihan dan perkhidmatan. Secara tidak langsung, Panglima Angkatan Tentera telah menghina ke atas empat anggota tentera tersebut,” katanya.

Semalam, Zulkifeli menyangkal dakwaan empat bekas tentera bahawa wujud penyelewengan undi pos di kalangan anggota tentera.

Beliau berkata, dakwaan itu ditafsirkan sebagai pengkhianatan dan terdapat pihak tertentu cuba untuk memecahbelahkan ATM sebagai satu-satunya badan ketenteraan bersenjata di negara ini.

Katanya, proses pengundian dilaksanakan ATM adalah bersih, telus dan profesional tanpa ada unsur campurtangan kepimpinan ATM.

Kelmarin empat bekas anggota tentera membuat pengakuan bahawa mereka pernah mengundi bagi pihak anggota lain atas arahan pegawai atasan.

Pada satu sidang media di ibu pejabat PAS, kesemua mereka mengaku telah diarah mengundi bagi pihak anggota lain dan juga isteri anggota tentera.

Menurut Mohd Adram, pihaknya yakin lebih ramai bekas anggota tentera akan tampil membuat pendedahan berhubung manipulasi undi pos.

“Sepatutnya selepas mendapat maklumat berkenaan manipulasi undi pos, Panglima Angkatan Tentara perlu mendapatkan maklumat secara langsung daripada ke empat-empat bekas anggota tertera terbabit.

“Kemudian tubuh satu badan penyiasat dan kemukakan satu cadangan kepada pihak kerajaan. Menyalahkan Pemuda PAS dalam hal undi pos adalah tindakan yang tidak cermat,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.