Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEORANG PEGUAMBELA MASUL CAMPUR

Peguam: Jais keluar notis, panggil tetamu Muslim berkaitan dakwaan murtad

August 10, 2011
KUALA LUMPUR, 10 Ogos — Seorang peguam bela mewakili 10 daripada 12 individu beragama Islam, yang dilapor berada di gereja ketika serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Rabu lalu, berkata mereka telah diminta membantu siasatan berhubung usaha mahu memurtadkan umat Islam.

Lim Heng Seng berkata, pihaknya telah menerima surat daripada Jais pagi tadi -meminta kesemua anak guamnya hadir memberikan keterangan.

“Pagi tadi kami telah menerima surat daripada Jais yang memaklumkan mereka sedang menyiasat satu kes yang melibatkan kesalahan memujuk, mempengaruhi atau menghasut seseorang yang beragama Islam supaya cenderung kepada mana-mana agama bukan Islam di bawah Seksyen 4 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.

“Kami faham ini untuk menyiasat majlis kesyukuran dan kutipan derma di Gereja Methodist Damansara Utam pada 3 Ogos lalu anjuran Harapan Komuniti dan kami akan nasihatkan anak guam kami dengan sewajarnya," katanya dalam satu kenyataan.

Minggu lalu, Jais telah melakukan serbuan ke atas majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama yang dihadiri pelbagai kaum.

Dalam serbuan itu, Jais dilaporkan telah memeriksa 12 individu beragama Islam yang turut hadir dalam program anjuran Harapan Komuniti. Tindakan Jais itu mendapat kritikan banyak pihak.

Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali mempertahankan atas alasan ada bukti pihak terbabit mahu memurtadkan umat Islam.

Beliau menegaskan maklumat yang diterima menunjukkan terdapat kehadiran orang Islam pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan.

Tambah beliau, pada majlis itu juga pihaknya dimaklumkan perkataan “al-Quran” dan “doa” atau “pray” diselitkan.

Hasan menambah seramai 12 orang beragama Islam itu disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Di bawah seksyen itu, seseorang yang didapati melakukan kesalahan memujuk, mempengaruhi atau menghasut seseorang yang beragama Islam supaya cenderung kepada mana-mana agama bukan Islam atau supaya menjadi penganut atau anggota mana-mana agama bukan Islam atau supaya meninggalkan atau tidak suka kepada agama Islam.

Mereka boleh disabitkan mengikut seksyen kecil (1) dan jika didapati bersalah boleh dikenakan penjara sehingga satu tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Dalam kenyataan ringkas itu, Lim mempertahankan tindakan anak guamnya yang tidak hadir memberi keterangan kepada Jais semalam atas alasan arahan yang dikeluarkan tidak lengkap.

Jelas beliau, anak guamnya tidak hadir memberi keterangan kerana mempersoalkan tindakan Jais yang mengarahkan mereka untuk menghadiri satu “sesi kaunseling” bukan untuk membantu siasatan.

“Pertama ingin saya katakan hanya 10 orang beragama Islam yang terlibat bukan 12 orang, anak guam kami telah menerima notis arahan pada 3 Ogos supaya menghadiri sesi kaunseling pada 9 Ogos 2011 (semalam).

“Selepas membaca notis arahan ini, kami mendapati terdapat percanggahan dan telah meminta supaya ia ditangguhkan melalui surat yang telah kita hantar pada 8 Ogos 2011, ia adalah kehendak anak guam kami,” katanya.

Semalam Penolong Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Jais, Sharom Maarof berkata pihaknya akan memohon perintah mahkamah ke atas 12 individu beragama Islam yang menghadiri majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya minggu lalu.

Beliau berkata perintah mahkamah akan dipohon dalam tempoh terdekat berikutan kegagalan kesemua mereka tampil memberikan keterangan semalam.

Tambah Lim, anak guamnya berhak tidak menghadirkan diri kerana Jais semasa mengeluarkan notis arahan yang tidak mengatakan sebab mengapa mereka perlu hadir.

“Jais berhak untuk mengeluarkan notis arahan untuk memanggil anak guam, namun dalam notis itu tidak dinyatakan butiran kesalahan dan mengapa mereka harus ke pejabat Jais.

“Selain itu anak guam saya diminta untuk menandatangani notis arahan itu tanpa sebarang penjelasan dibuat,” katanya.

Justeru beliau sekali lagi mempersoalkan sama ada anak guamnya diminta untuk menghadiri “sesi kaunseling” atau memberikan keterangan bagi membantu siasatan.

“Tujuan anak guam saya dipanggil dalam notis arahan itu adalah untuk menghadiri sesi kaunseling sebelum Jais mengambil keterangan untuk membantu siasatan.
“Adakah anak guam saya dipanggil sebagai suspek atau saksi?” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.