Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SUHAKAM ADA POWER KEW ?

Bersih 2.0: Suhakam tidak boleh siasat aduan jika Mat Sabu fail saman

August 09, 2011
KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menegaskan agensi itu tidak boleh memanggil Mohamad Sabu dalam perbicaraan inkuiri awam agensi itu sekiranya Timbalan Presiden PAS itu telah memfailkan saman ke atas polis.

Selain itu jelas Pesuruhjaya Suhakam Mohamad Sha’ani Abdullah, mana-mana kes termasuk dalam isu Himpunan Bersih 2.0 yang telah dibawa ke mahkamah secara automatik pihaknya tidak boleh memanggil untuk memberikan keterangan.

Kata beliau, pihaknya sedang mengumpul maklumat dan bukti berhubung dakwaan tindakan keras polis ketika perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu dengan prosiding inkuiri awam dijangka diadakan awal Oktober.

Mohamad sebelum ini memutuskan untuk menyaman polis atas dakwaan dilanggar sebuah kereta polis semasa dalam perjalanan menuju ke ibu negara dengan membonceng motosikal.

Beliau juga telah mengarahkan peguamnya Mohamed Hanipa Maidin agar menghantar surat saman kepada polis kononnya beliau berbohong berhubung isu kemalangan yang mengakibatkannya terpaksa menjalani pembedahan.

“Mengikut undang-undang (Akta) Suhakam, mana-mana kes yang telah dibawa ke mahkamah kes itu tidak boleh disemak oleh Suhakam.

“Macam kes Mat Sabu (Mohamad) kalau beliau bawa ke mahkamah atau polis dakwa di mahkamah, Suhakam tidak boleh terlibat dalam kes itu,” kata Mohamad Sha’ani kepada The Malaysian Insider.

Justeru beliau menasihatkan Mohamad supaya menangguhkan hasrat untuk menyaman polis sehingga keputusan prosiding inkuiri awam Suhakam keluar.

“Kita memang tidak boleh siasat kalau dah bawa ke mahkamah, kalau nak kami siasat beliau (Mohamad) tangguhkan dulu.

“Selepas siap inkuiri awam, beliau boleh saman... kalau beliau saman sekarang kita tidak boleh panggil beliau memberikan keterangan,” katanya.

Bagaimanapun tambah Mohamad Sha’ani, pihaknya tidak menghalang sekiranya Mohamad mahu berbuat demikian. “Ia terpulang kepada beliau, kita tiada masalah,” katanya.

Sementara itu Mohamed Hanipa pula berkata pihaknya akan menunggu sehingga keputusan inkuiri awam Suhakam keluar.

“Kita akan tunggu, lagi pun kita bukan nak cepat. “Mat Sabu juga bersetuju dengan perkara ini,” katanya.

Sebelum ini polis telah mengeluarkan klip video berkata Himpunan Bersih 2.0 yang menyaksikan hampir 1,700 orang ditahan termasuk pemimpin Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dan Pakatan Rakyat.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rashid berkata rakaman CCTV menunjukkan tiada kontak langsung dengan Mohamad, sebaliknya didakwa jatuh sendiri.

Salleh mendakwa siasatan mereka menunjukkan motosikal dibonceng Mohamad terjatuh selepas melanggar pembahagi jalan di hadapan kereta polis.

Beliau juga mendakwa kecederaan Mohamad bukan sesuatu yang serius kerana tiada keretakan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.