Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAK ADIIIIL ! APA PASAK MENTERI RAMAI ?

Nazri: Panel khas Parlimen diketuai menteri, lapan MP anggota

TERKINI @ 04:22:51 PM 17-08-2011
August 17, 2011
KUALA LUMPUR, 17 Ogos - Jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang akan meneliti sistem pilihan raya akan diketuai oleh seorang menteri dengan lapan anggota dari sebelah kerajaan dan pembangkang.

Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz (gambar) memberitahu, satu usul mengenai pembentukan jawatankuasa tersebut akan dibentangkan ketika sidang Parlimen Oktober ini.

Jawatankuasa itu akan dianggotai sembilan wakil rakyat iaitu lima daripada parti kerajaan, tiga pembangkang dan satu Bebas.

Kata beliau, Kabinet juga bersetuju untuk mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat bagi membincang mengenai rangka kerja jawatankuasa itu yang akan diketuai oleh seorang menteri.

Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penubuhan jawatankuasa itu dalam usaha menambah baik proses pilihan raya di negara ini.

Menurut Nazri, parti atau perikatan akan menentukan wakil masing-masing dalam jawatankuasa tersebut.

"Apa yang kami akan membincangkan bergantung pada jawatankuasa pilihan khas tetapi anggota Kabinet berharap bahawa ia akan merangkumi perkara seperti biometrik, dakwat kekal dan kaedah berkempen.

"Kami telah membincangkan isu-isu seperti pengundian awal, bukan pengundian pos, bagi mereka yang tidak boleh mengundi pada hari pengundian dan juga membenarkan mereka yang telah mendaftar sebagai pengundi untuk mengundi jika mereka berada di luar negara," katanya lagi.

Bagaimanapun Nazri menegaskan, keputusan untuk membentuk jawatankuasa pilihan khas ini bukan kerana undang-undang semasa ada kepincangan.

"Apa yang kami mahu lakukan ialah memperkukuhkan undang-undang dan membincangkan isu-isu yang dibawa pelbagai pihak mengenai kebimbangan mereka bahawa undang-undang semasa tidak mencukupi," katanya lagi.

Bersih 2.0 mengesyorkan agar jawatankuasa pilihan khas itu menyarankan agar diadakan suruhanjaya diraja mengenai pilihan raya negara dan mahu terma rujukan bagi suruhanjaya itu digariskan oleh jawatankuasa tersebut dalam tempoh setahun.

Nazri berkata jawatankuasa pilihan khas ini akan membabitkan pendengaran awam, yang membolehkan setiap pihak memberikan syor.

Jawatankuasa itu akan dianggotai sembilan wakil rakyat iaitu lima daripada parti kerajaan, tiga pembangkang dan satu Bebas.

Kata beliau, Kabinet juga bersetuju untuk mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat bagi membincang mengenai rangka kerja jawatankuasa itu yang akan diketuai oleh seorang menteri.

Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penubuhan jawatankuasa itu dalam usaha menambah baik proses pilihan raya di negara ini.

Menurut Nazri, parti atau perikatan akan menentukan wakil masing-masing dalam jawatankuasa tersebut.

“Apa yang kami akan membincangkan bergantung pada jawatankuasa pilihan khas tetapi anggota Kabinet berharap bahawa ia akan merangkumi perkara seperti biometrik, dakwat kekal dan kaedah berkempen.

“Kami telah membincangkan isu-isu seperti pengundian awal, bukan pengundian pos, bagi mereka yang tidak boleh mengundi pada hari pengundian dan juga membenarkan mereka yang telah mendaftar sebagai pengundi untuk mengundi jika mereka berada di luar negara,” katanya lagi.

Bagaimanapun Nazri menegaskan, keputusan untuk membentuk jawatankuasa pilihan khas ini bukan kerana undang-undang semasa ada kepincangan.

“Apa yang kami mahu lakukan ialah memperkukuhkan undang-undang dan membincangkan isu-isu yang dibawa pelbagai pihak mengenai kebimbangan mereka bahawa undang-undang semasa tidak mencukupi,” katanya lagi.

Bersih 2.0 mengesyorkan agar jawatankuasa pilihan khas itu menyarankan agar diadakan suruhanjaya diraja mengenai pilihan raya negara dan mahu terma rujukan bagi suruhanjaya itu digariskan oleh jawatankuasa tersebut dalam tempoh setahun.

Nazri berkata jawatankuasa pilihan khas ini akan membabitkan pendengaran awam, yang membolehkan setiap pihak memberikan syor.


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.