Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TENTERA TELAH DIPERANGKAP UMNO KEKANCAH POLITIK SECARA TAK SEDAR

Sabtu, 20 Ogos 2011

Angkatan Tentera Jangan Jadi Pencacai Umno-APCO ..seperti Polis...!!!


Kenyataan terbaru Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di Pulau Pinang sebagai mengulas cubaan pihak tertentu mengheret tentera ke dalam kancah politik sangat mendukacitakan.

Apa tidaknya, dengan pelbagai pendedahan yang dibuat bekas anggota tentera yang pernah berkhidmat dan mengaku dipaksa memangkah undi pos bagi pihak rakan mereka hingga lenguh, turut menceritakan betapa tentera dipergunakan oleh Umno-APCO untuk kepentingan politik mereka.

Paling mengecewakan, kenyataan Panglima Angkatan Tentera (PAT) Zukelfi Mohd Zin kelmarin yang menganggap kesemua bekas komando tentera sebagai "pengkhianat" memang mencabar kesabaran kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kebebasan.

Sesudah PDRM dilacurkan Umno-APCO untuk kepentingan politik, tidakkah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) beserta pegawai-pegawainya berasa malu apabila ada di antara mereka condong menyokong parti politik tertentu terutamanya rejim Umno-APCO??

Apakah pengorbanan dan keberanian empat bekas komando dan berpuluh-puluh lagi yang membuat pendedahan pincangnya undi pos dengan cuai dianggap mengkhianat kepada ATM??

Khianat kepada ATM atau khianat kepada rejim Umno-APCO sebenarnya??

Sudah tentu Yang di-Pertuan Agong sebagai pemerintah tertinggi angkatan tentera tidak akan berdiam diri melihat imej dan kewibawaan pasukan tentera dipermainkan dengan campurtangan politik kepartian semasa masih dalam perkhidmatan.

Tetapi jangan pula semasa berkhidmat, tentera condong kepada rejim pemerintah atau mana-mana parti politik dan memperlekehkan sistem pilihanraya seperti yang dilakukan Zulkefli yang menyentap sanubari para pejuang yang ikhlas mempertahankan kedaulatan negara.

Zuklefli sepatutnya belajar sejarah bagaimana tentera dipergunakan untuk memastikan hegemoni politik kuku besi pemerintah seperti mana negara-negara Eropah Timur dikuasai komunis pada 1970 an dulu.

Jika tidak mahu menjaga nama baik angkatan tentera, sekurang-kurangnya jagalah nama baik Yang di-Pertuan Agong sebagai lambang keikhlasan menjaga keamanan dan keselamatan negara.

JALAN PULANG

Terdapat cubaan sesetengah pihak mengheret pihak tentera kepada politik partisan dan ini suatu penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong, dakwa timbalan presiden PAS.
Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, pasukan keselamatan sejak merdeka memainkan peranan baik menjaga keselamatan negara tanpa terlibat dalam politik partisan.
Bagaimanapun, tambahnya, sejak perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai, pihak tentera ditarik ke kancah politik dengan pelbagai cara, termasuk melalui latihan bersama mengawal orang ramai dengan polis.
Bercakap kepada pemberita di Komtar, Pulau Pinang, Mohamad mahukan semua usaha itu dihentikan kerana ia tidak sihat dan tentera sepatutnya mengekalkan sikap neutral sepanjang masa.
Mohamad merujuk kepada pengakuan empat bekas tentera pada Rabu yang mengaku pernah terlibat dalam manipulasi undi pos semasa berkhidmat.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.