Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TIDAK SUKAR UNTUK MENCARIMALAM LAILATUL QADAR



LAILATUL QADAR – SATU ANALISA

Kita perhatikan dahulu ayat Al-Qur’an yang berhubung dengan peristiwa
ini, firman Allah bermaksud:

“sesungguhnya Kami telah menurunkannya pada malam
kemuliaan, dan sesudah engkau tahu, apakah malam kemuliaan
itu? Malam kemuliaan itu lebih utama daripada seribu bulan,
turun malaikat dan roh pada malam itu dengan izin Allah, mereka
membawa pokok-pokok (berkat) dari tiap-tiap perintah, sejahtera
dia sehingga terbit fajar”
(Al-Qadr 1-5)

Ayat satu, Allah menerangkan Kami (Asmak) telah menurunkannya,
iaitu menurunkan satu anugerah kepada hambaNya. Ia merupakan anugerah
yang tinggi yang dibawakan oleh malaikat dengan izin Allah. Pada malam
kemuliaan, maksudnya ialah suatu malam yang penuh berkat.

Para pentafsir bermacam-macam pandangan tentang malam kemuliaan
tersebut, ada yang mengatakan pada 17 Ramadhan, ada yang mengatakan 24
Ramadhan, ada yang mengatakan 21 Ramadhan, ada yang mengatakan 1 hingga
30 Ramadhan, akan tetapi ramai ulama’ yang mengatakan pada 10 malam
terakhir pada bulan Ramadhan tersebut.

Mereka menyatakan berbagai-bagai alasan tentang masanya, dan ada
pula yang mengatakan bahawa malam tersebut tidak berlaku langsung kerana
apa yang sebenarnya malam itu ialah berlaku hanya pada baginda Rasullullah
S.A.W sahaja iaitu malam Nuzul Al-Qur’an iaitu pada 24 Ramadhan
sehinggalah 23 tahun selepas itu (10 tahun di Mekah dan 13 tahun di Madinah).
Baginda berhubung dengan Tuhannya di alam Malakut sehingga
sempurnalah Al-Qur’an itu. Selepas waktu itu tiada lagi malam Lailatul qadar
tersebut. Dan berbagai-bagai pandangan yang dibuat dengan alasan-alasan yang
tertentu dan hikmahnya.

Malam kemuliaan atau malam Lailatul qadar itu dikatakan lebih utama
daripada malam seribu bulan iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan. Turun malaikat
dan roh pada malam itu, iaitu turun malaikat Jibril (yang juga dikenali sebagai
roh iaitu Ruhul Amin, Ruhul Quds).

Semua istilah itu dipegang oleh malaikat Jibril kerana hanya malaikat
Jibril sahaja yang bertugas membawa khabar gembira. Baginda dapat melihat
rupa Jibril dua kali dalam keadaan sebenar dan menyamar sebagai manusia biasa
sekali iaitu menyerupai seorang sahabat nabi bernama Dahiyyah Al-Kalby
semasa baginda bersama-sama dengan para sahabatnya.

Setiap kali Jibril itu turun, ia akan membawa bersama pokok-pokok,
yang bererti petunjuk-petunjuk daripada Allah S.W.T. dan diakhir ayat tersebut,
sejahtera dia sehingga terbit fajar, maksudnya baginda Rasullullah S.A.W (pada
zamannya) dan kepada siapa yang Allah hendak tunjukkan diantara hambaNya
yang bertaqwa dan beriman, terpulanglah kepada Allah sendiri yang membuat
penentuannya.
Walaupun berbagai-bagai pandangan yang diberikan oleh para alim
ulama’ berkait dengan Lailatul qadar ini, akan tetapi disini diperturunkan pula
pandangan yang didapati daripada ulama’ Sufi tentang masalah Lailatul qadar
ini.
Rasanya ini tersangat penting diketahui oleh setiap golongan tertentu
termasuklah orang-orang awam kerana banyak mementingkan kepala mereka
yang berhajat berjumpa dengan malam tersebut. Kerana itu ikutilah pandangan
seperti dibawah ini,
1. Lailatul Qadar itu sesungguhnya ada dan berterusan sepanjang zaman
dan ianya berlaku pada bulan Ramadhan. Setiap manusia hendaklah
melakukan amal ma’aruf dan nahi mungkar dari awal Ramadhan lagi
supaya kemantapan iman diperolehi apabila bersua dengan peristiwa

tersebut. Sabda Rasullullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam
Muslim, Imam Ahmad, Tarmizi, Abu Daud yang diperolehi daripada
Ubai bin Ka’ab,
وَاللهُ الذِ يْ لاَ اِلَهَ اِلا هُوَ اَن هَا لَفِىْ رَمَضَانَ
“Demi Allah! Sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Dia,
sesungguhnya (Lailatul Qadar) itu berada dibulan
Ramadhan”
(Penggiliran pada malam angka ganjil pada 10 malam akhir dibulan
Ramadhan tersebut kita Pulangkan kepada Allah sama ada pada malam
23, 25, 27 dan 29)
2. Sabda Rasullullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas
اَحَ  ب اْلاَعْدَ ادِ اِلَى اللهِ تَعَالَى اَلْوِتْرُ وَاَحَ  ب الْوِتْرِ اِلَيْهِ ال  سبْعَةُ فَذَ كَرَ
كَاتِ النارِ وَعَدَ ال  سمَوَاتِ ال  سبْعَ وَاْلاَرْضِيْنَ ال  سبْعَ وَاْلاُسْبُوْعَ وَدَرَ
دَ الطوَافِ وَاْلاَعْضَاءِ ال  سبْعَةِ فَدَ ل ذَلِكَ الْعَدَ دُ عَلَى اَن هَا ال  سا بِعَةُ
وَالْعِشْرُوْنَ
“bilangan-bilangan yang disukai oleh Allah adalah ganjil
dan yang paling disukai diantara yang ganjil itu ialah
angka tujuh, maka disebutkanNyalah langit yang tujuh,
bumi yang tujuh, hari yang tujuh, tingkatan-tingkatan

neraka, bilangan-bilangan tawaf, anggota yang tujuh,
maka menunjukkan bilangan itu bahawa Lailatul Qadar
dimalam yang kedua puluh tujuh”
3. Rasullullah S.A.W apabila berjumpa dengan seorang lelaki dari Bani
Israil yang sentiasa menyandang senjata pada tengkoknya yang
digunakannya untuk berjihad kepada jalan Allah selama 1000 bulan iaitu
83 tahun 4 bulan, dan baginda Rasullullah tersangat mengaguminya
walaupun umurnya dianggap sebagai sudah tua, akan tetapi masih
bertenaga dan kuat, lalu baginda mengharapkan umatnya mencontohi
Bani Israil tersebut, akan tetapi memandangkan suasana fitrah alam yang
sudah akhir zaman, maka baginda Rasullullah berdoa untuk umatnya,
يَارَ  ب جَعَلْتُ اُمتِىْ اَقْصَرَاْلاُمَمِ اَعْمَارًا وَاَقُلهَا اَعْمَالا “Wahai Tuhanku! Engkau jadikanlah umatku yang paling
pendek umur mereka dan yang paling sedikit amalan
mereka”
Dengan doa baginda Rasullullah tersebut maka Allah
memperkenankan doa kekasih Nya lalu Allah kurniakan Lailatul Qadar
khusus kepada umat Muhammad. Kerana itu apa yang disebut sebagai
Lailatul Qadar bagi zaman kita ini ianya adalah benar akan wujudnya
masih lagi ada. Adapun qaul yang mengatakan Lailatul Qadar tersebut
telah diangkat oleh Allah, ialah mereka mengambil dari dalil seperti
dibawah ini,

خَرَجْتُِ لاُ عْلِمَكُمْ بِلَيْلَةِ الْقَدْ رِ فَتَلاَ حَى فُلاَ نٌ وَفُلاَ نٌ فَرُفِعَتْ
“Aku keluar untuk memberikan kepada kamu dengan
Lailatul Qadri, maka bermarah-marahan si polan dan si
polan lalu diangkatlah (Lailatul Qadri)”
Dengan hadis diatas tersebut, maka kebanyakan ulama’
mengatakan bahawa Lailatul Qadar itu telah pun diangkat, akan tetapi
yang diangkat adalah ketentuan malam turunnya Lailatul Qadar tersebut
bukannya Lailatul Qadar itu, kerana kebanyakan manusia yang berselisih
adalah malam qadar itu diangkat kerana diantara manusia pada zaman
tersebut masing-masing membuat andaikan sehingga timbul pertelagahan
sesama sendiri atau ada yang iri hati lalu malam turunnya tidak
dinyatakan kerana telah diangkat. Kerana itulah sambungan ayat tersebut
diatas ada menyatakan,
وَعَسَى اَنْ يَكُوْنَ خَيْرً الَكُمْ فَالْتَمِسُوْهَا فِى الْعَشْرِ اْلاَوَاخِرِ
“Dan Semoga adalah hal tersebut menjadi kebaikan bagi
kamu, maka tuntutlah dia (Lailatul Qadar) pada malammalam
yang akhir”
Maka jelaslah sudah bahawa Lailatul Qadar itu masih wujud, dan
malam akhir itu adalah bermaksud akhir bulan Ramadhan (10 hari akhir
Ramadhan).

4. Imam Ahmad meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibn Umar r.a,
مَنْ كَانَ مُتَحَر يهََا فَلْيَتَحَر هَالَيْلَةَ ال  سابِعِ وَا لْعِشْرِيْنَ
“Barangsiapa yang berusaha menuntutnya, maka
hendaklah dituntutnya pada malam dua puluh tujuh”
5. Melalui ijtihad mengikut kaedah surah Al-Qadr ayat 1 hingga ayat 5
mengikut kaedah Hurufiah pada bilangan huruf pada perkataan Lailatul
Qadar tersebut, huruf tersebut ialah Lam, Ya, Lam, Ta, Alif, Lam, Qof,
Dal dan Ro, jumlahnya adalah 9 huruf. Sementara perkataan Lailatul
Qadri itu hanya terdapat pada 3 ayat sahaja didalam Al-Qur’an, iaitu
pada surah Al-Qadr itu sendiri iaitu pada ayat 1 hingga ayat 3. kerana itu
9 huruf kalikan dengan 3 malam Qadar, jadi jumlahnya adalah 27 malam,
maksudnya malam yang ke 27 Ramadhan. Secara kebetulan pula
perkataan yang terdapat pada ayat-ayat Al-Qadr itu semuanya berjumlah
30. ini menunjukkan bilangan hari pada bulan Ramadhan dan pada ayat
ke lima dari surah ini, terdapat pula kalimah Hiya iaitu perkataan yang ke
27 yang menunjukkan matlamat malam Qadar tersebut iaitu Salamun
Hiya (sejahteralah ia) iaitu orang yang beramal dan mendapat kemuliaan
sehingga fajar.

Adalah diingatkan bahawa seseorang yang mahu merasakan
malam keutamaan yang berdarjat 1000 bulan itu, janganlah
mengharapkan akan ketibaan malam tersebut untuk mula beribadat.

Ianya mestilah dimulai daripada sekarang hingga bila-bila kerana jangan
apabila ada peluang yang baik baru mahu beribadat kepada Allah.

Petikan dari kitab Pak Karamu

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.