Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

tTU NAMA HAK ASAI MANUSIA

Tuesday, August 9

Mampuih depa nak setuju... kahkahkah...

Hebat betoi mahkamah kita nih, dia bagi saksi ditemu bual tapi terpulang ataih persetujuan puak puak yang dinamakan oleh Anwar Ibrahim tuh... macam ni seronok la, senang senang depa boleh kata tak mau. Anwar memang tak leh buat apa punya, dah mahkamah kata terpulang kat depa... haha...

Najib dah bagitau dah sebelum nih, depa setuju kalau mahkamah bagi sepina... kahkahkah... kot mana pun Anwar dah terkena lagi kali nih... ikat kakitangan, boh tengah gelanggang ajak lawan...
****************************
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memanggil 15 saksi termasuk perdana menteri dan isterinya dengan syarat mereka bersetuju untuk ditemu bual.

Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah berkata menjadi tanggungjawab pendakwa untuk menyediakan saksi kerana pembela ada hak untuk menemu bual mereka.
Bagaimanapun kata beliau, terpulang kepada saksi sama ada mereka bersetuju untuk ditemu bual sebelum dipanggil untuk memberi keterangan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dilaporkan akan mengelak daripada ditemu bual dalam kes liwat kedua Anwar kecuali disepina oleh mahkamah.

Najib dan Rosmah bersama bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof merupakan empat saksi yang dilaporkan akan mengelak daripada muncul mahkamahh kecuali diarahkan oleh pihak mahkamah.

Ketika ditemui wartawan di luar mahkamah, peguam utama pasukan pembela Karpal Singh berkata pendakwa perlu menyediakan 15 saksi utama sama ada dengan atau tanpa sepina.

“Kami tidak kisah dengan apa cara mereka akan dibawa ke sini (mahkamah). Mereka perlu dibawa. Itu adalah keputusan mahkamah dan mereka mesti menjawab soalan yang kami ada letakkan,” kata beliau.

Karpal juga berkata Anwar akan hadir ketika temu bual saksi yang dijalankan oleh pasukan pembela.

Mahkamah akan bersidang Isnin depan bagi memberi pendakwa masa untuk menyediakan temu bual dengan saksi.- TMI

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.