Saturday, August 6, 2011
Bau mee kari...santan durian...dan sambal belacan menusuk hidung......alahai.....

[sumber .]Hakikat mulut orang berpuasa adalah lebih harum dari bau kasturi diakhirat nanti. Ini yang diberitahu oleh para ustaz semasa tazkirah bulan Ramadhon.
Itulah kelebihan orang berpuasa......bermacam-macam ganjaran yang ditawarkan oleh Allah SWT kepada makluk bernama manusia.
Disebalik tawaran dan ganjaran yang berlipat ganda yang sudah semestrinya manusia yang beriman berlumba-lumba mengejarnya......yang mengharap akan Rahmat Allah yang tanpa Rahmat itu manusia berada teramat rugi di akhirat nanti.....manusia juga jangan lupa perbuatan mungkar.....perbuatan lara.....percakapan bohong.....ber'blogging' dengan menghamburkan fitnah serta caci maki yang tidak didasarkan di atas berita yang sahih juga akan menerima balasan yang setimpal......alangkah ruginya berpuasa tapi yang dapat hanya lapar dan dahaga.
Arahan Menteri Besar itu eloklah kerana dikhuatiri mereka bercakap mengikut nafsu imarah......jadi daripada bercakap mengeluarkan bau yang 'busuk' akibat mengikut nafsu lebih mulut tidak bercakap walaupun busuk kerana busuk orang yang mendiamkan diri daripada terlibat dalam fitnah adalah lebih harum dari bau kasturi.
al-brangionline:
Tak tahan sahabat sebelah kerap sendawa ketika Solat Tarawih......bau mee kari...bau santan durian...bau sambal belacan menusuk hidung.....sabar aje lah.
p/s apa hal yg bukan EXCO?.....bloggers?.....mereka bebas bercakap?


0 orang berkata:
Post a Comment