Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

WAJIB DIADAKAN SECARA TERBUKA

Isu Wahabi: Dr Uthman nafi tolak pelawaan dialog Juanda

August 09, 2011
KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Pendakwah bebas Dr. Muhammad Uthman El Muhammady menegaskan beliau tidak menolak pelawaan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya agar diadakan satu dialog ketika Ramadan berhubung isu “kesesatan” dan “keganasan” Arab Saudi yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi baru-baru ini.

Sebaliknya kata Uthman (gambar), beliau mahu dialog yang disyorkan itu diadakan secara tertutup.

“Saya tidak menolak untuk berdialog, tetapi saya mahu majlis itu diadakan secara tertutup dengan penganjuran daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN),” kata beliau.

Dipetik Sinar Harian hari ini, Uthman berkata, isu tersebut tidak sepatutnya dibincangkan secara terbuka kerana ia melibatkan keselamatan negara selain boleh menggugat hubungan baik antara negara.

“Dialog seperti ini perlu secara tertutup dengan dihadiri pakar-pakar yang dipilih oleh KDN dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” kata beliau.

Uthman berkata, apa yang beliau timbulkan bukan untuk meraih publisiti tetapi sebagai maklumat kepada kerajaan untuk melihat masalah itu.

“Tidak timbul isu ada negara yang bahaya kepada Malaysia dan ibadah haji perlu ditangguhkan seperti yang dilaporkan. Saya sendiri baru sahaja menunaikan haji tahun lalu,” kata beliau lagi.

The Malaysian Insider semalam membawa laporan memetik Juanda berkata Uthman telah menolak pelawaan beliau agar diadakan satu dialog berhubungi isu “kesesatan” dan “keganasan” Arab Saudi yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi.Menurut Juanda, beliau menerima surat penolakan Jumaat lalu.

Sehubungan itu, Juanda berkata beliau amat dukacita kerana Uthman, yang merupakan Tokoh Maal Hijrah, telah mengambil pendirian menolak jemputan rasmi agar berdialog secara harmoni mengenai isu tersebut yang beliau bangkitkan pada satu mesyuarat MKN dua minggu lalu.

“Bagaimana mungkin seorang yang merupakan ahli akademik takut untuk berhujah secara akademik dan terbuka bagi mempertahankan pandangan dan ideanya yang telah menghuru-harakan negara dan menjejaskan hubungan Malaysia dengan Arab Saudi, akibat tuduhannya yang dibuat secara membabi buta,” kata beliau.

Sebelum ini, banyak pihak seperti Persatuan Ulama Malaysia dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengalu-alukan idea diadakan dialog harmoni agar perselisihan berkaitan hal ini dapat diselesaikan dengan baik.

Dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider sebelum ini, Uthman yang dipanggil MKN untuk memberi taklimat mengenai Wahabi berkata, beliau sedia menerima pelawaan berdialog Juanda dengan syarat ia diadakan secara tertutup membabitkan pakar-pakar berhubung perkara yang menjadi polemik sekarang.

“Saya sanggup hadir jika (dialog yang disyorkan) jika diadakan dengan penuh disiplin, beretika dengan disertai oleh pakar-pakar dan secara tertutup... jika tidak, saya mahu menjauhkan diri (daripada dialog),” kata beliau yang juga Felo Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Antarabangsa.

Ulasan : 

JANGAN BANYAK BERDALIH, ISU KESELAMATAN NEGARA ADALAH PERKARA YANG LAIN, APA YANG PENTING IALAH KEBENARAN DAN KEBATILAN WAJIB DIDEDAHKAN

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.