Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Bebas tuduhan ? eh ? Dulu tangkap sembrono kot ?

30 aktivis termasuk MP Sg Siput bebas tuduhan

TERKINI @ 02:55:43 PM 19-09-2011
September 19, 2011
KUALA LUMPUR, 19 Sept — Tuduhan ke atas kesemua 30 aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput dan lima yang lain, yang sebelum ini ditahan di bawah Ordinan Darurat, digugurkan hari ini.

Pihak berkuasa mengambil langkah itu lima hari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan langkah memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan menarik balik tiga deklarasi darurat serta mahu mengkaji semula beberapa undang-undang lain.

Setiausaha Agung PSM S. Arutchelvan (gambar) berkata kesemua mereka, yang awalnya ditahan untuk siasatan berhubung dakwaan mengadakan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong, dilepaskan daripada tuduhan masing-masing.

Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar mengesahkan kepada The Malaysian Insider tengah hari ini bahawa tuduhan telah digugurkan tetapi belum menerima makluman secara hitam putih.

Katanya, beliau menerima satu e-mel daripada timbalan pendakwa raya pagi ini memaklumkan tentang arahan yang diberikan untuk menggugurkan tuduhan ke atasnya.

Ketika ditanya mengenai respons ekoran perkembangan itu, Dr Jeyakumar melahirkan rasa lega dan menyifatkan ia kemungkinan sebahagian daripada langkah Najib mahu menaikkan imej beliau dan mahu kelihatan lebih liberal.

Polis menahan 30 aktivis PSM di Pulau Pinang ketika bergerak dalam bas untuk mengadakan kempen “Udahlah Bersara” dan penahanan mereka kemudian dikaitkan dengan perhimpunan Bersih 2.0. Mereka ditahan di Plaza Tol Sungai Dua pada 25 Jun lalu.

Malah mereka juga didakwa cuba untuk menghidupkan semula fahaman komunis dan mengadakan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong.

Enam orang termasuk wakil rakyat itu ditahan di bawah Ordinan Darurat selama 28 hari.mLima yang lain ialah Timbalan Pengerusi PSM M. Sarasvathy, ahli jawatankuasa pusat Choo Chon Kai dan M. Sugumaran, Setiausaha PSM Sungai Siput A. Letchumanan dan Ketua Pemuda R. Saratbabu.

Mereka dibebaskan pada 29 Julai lalu selepas kerajaan berhadapan dengan kecaman dari dalam dan luar pentadbiran Najib.

Kesemua 30 mereka turut didakwa memiliki dokumen-dokumen subversif di bawah Akta Pertubuhan dan ISA, dan kes dijadual didengar bulan depan.
Laporan media 2 September lalu menyebut siasatan polis mengenai kes hasutan anggota PSM masih berterusan dengan sembilan daripada ahlinya dipanggil untuk tampil memberikan kenyataan polis sekali lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.