Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BN PERLU BODOHKAN RAKYAT TENTANG POLITIK JIKA MAHU TERUS BERKUASA

Hari Malaysia: Rakyat perlu celik politik

September 17, 2011
17 SEPT ─ Semalam negara menyambut Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan serentak. Tahun ini genaplah 48 tahun penubuhan negara Malaysia. Selepas sekian lama dijajah, rakyat negara kita yang berbilang kaum diberi kembali hak mereka secara saksama melalui demokrasi terpimpin dan pilihan raya yang diadakan setiap lima tahun sekali.

Sebagai rakyat Malaysia, kita semestinya bangga dengan pencapaian negara dalam banyak sudut. Pun begitu, pastinya ada kekurangan yang masih dapat diperbaiki untuk negara terus melangkah ke depan dalam mendepani arus globalisasi yang semakin mencabar. Ruang seharusnya diberikan seadilnya kepada rakyat untuk menyatakan pandangan mereka.

Ini perlu diterima dengan penuh semangat kenegaraan oleh semua pihak termasuklah parti pemerintah.

Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam perutusan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sememangnya amat mengejutkan banyak pihak.

Ia merupakan langkah berani yang amat dialu-alukan. Sebagai rakyat pascamerdeka, pastinya langkah ini menghilangkan satu kekangan minda yang selama ini merencatkan pembangunan modal insan mereka. ISA yang digubal pada 1 Ogos 1960, membenarkan seseorang ditahan tanpa bicara dan pelbagai lagi sekatan yang ada, ternyata membelenggu daya intelek dan minat banyak pihak yang cuba membawa idea yang tidak digemari pihak pemerintah.

Akibatnya, ia meninggalkan parut yang membinasakan keindahan persekitaran demokrasi negara. Ramai anak-anak muda yang mengambil sikap acuh tak acuh dalam mengikuti perkembangan politik semasa. Mereka lebih selesa untuk tidak mengambil tahu dan hasilnya kita dimaklumkan lebih empat juta daripada mereka yang layak mengundi tidak mendaftar sebagai pengundi.

Kecelaruan dan kebejatan minda akibat banyaknya kepincangan politik dan salah laku pemimpin menghilangkan nafsu politik mereka.

Maka, negara perlu kepada transformasi menyeluruh agar persekitran demokrasi yang sihat diwujudkan kembali. Malaysia sepatutnya menjadi peneraju kepesatan dan kematangan demokrasi kepada negara-negara membangun dan negara-negara dunia ketiga.

Pemansuhan ISA diharapkan akan menjadi juadah pembuka selera agar rakyat minat dan seterusnya celik politik.

Inilah pengkayaan sebenar dalam usaha untuk menjana pembangunan negara ke arah mencapai status negara maju. Wujudkan subjek sains politik di peringkat sekolah menengah lagi bagi menyemai minat remaja kepada politik dan perkembangan semasa. Biar remaja diasuh untuk minat dan berani menyatakan pandangan mereka. Mereka perlu dididik bahawa kerjaya politik adalah kerjaya mulia dan perlunya pemimpin yang berintegriti untuk memimpin negara.

Rakyat menantikan dengan penuh optimis langkah-langkah penambahbaikan bakal dibuat oleh perdana menteri.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.