Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CILAKAK LU

Rogol: Bomoh Indonesia dipenjara, disebat

19/09/2011 7:02pm

SHAH ALAM – Seorang bomoh warganegara Indonesia dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah merogol seorang remaja berumur 15 tahun yang sedang dirawat akibat histeria, Jun tahun lepas. 

Hakim Slamat Yahya memerintahkan tertuduh, Budi Tukul, 35, menjalani hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh dia tangkap iaitu pada 19 Julai lepas.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di rumah sewanya di No 23, Jalan Telipot 3A, Seksyen BS9, Bukit Sentosa 3, Hulu Selangor dekat sini, kira-kira pukul 1 pagi pada Jun tahun lepas.

Budi yang merupakan pendatang asing tanpa izin didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Difahamkan ketika kejadian, tertuduh yang dikenali keluarga remaja perempuan itu sedang merawat mangsa yang diserang histeria.

Perbuatan tertuduh bagaimanapun hanya terbongkar setahun selepas kejadian apabila remaja perempuan itu sekali lagi diserang histeria dan mangsa terpaksa menceritakan mengenai kejadian dia dirogol kepada keluarganya. – Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.