Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAH LAMA DAH ! HIK ! HIK ! HIK !

Rabu, 14 September 2011


Mahathir Teringin Nak Jadi PM Balik?? 


Kah kah kah...

Kah kah kah...


22 tahun tak cukup rupanya kah kah kah...


Sebab tu dia suruh Najib Altantuya tangguh buat pilihanraya kah kah kah....


Apa pasal suruh tangguh kalau sebab dia dah tak caya Najib Altantuya selamatkan anak beranak, kroni dengan suku sakat kah kah kah...


Betullah cakap sorang kiyai ni, Mahathir memang tak caya kat orang lain selain dia sendiri kah kah kah...


Kah kah kah...



Pakatan Rakyat pula menyindir Tun Dr Mahathir Mohamad agar kembali menyandang jawatan perdana menteri jika pemimpin veteran itu mahu mempertikaikan saranan mereka agar kedua-dua parti pemerintah dan pembangkang berbincang menentukan tarikh pembubaran Parlimen dan pilihan raya umum.


“Kalau apa yang kami katakan hendak disindir, maka kami cadangkan Dr Mahathir kembali menjadi perdana menteri dan kami persoalkan apa hak Dr Mahathir untuk menasihatkan agar Datuk Seri Najib melewatkan pilihan raya umum ke-13,” kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub kepada The Malaysian Insider.


Salahuddin berkata idea yang dilontarkan oleh mereka sebenarnya bertujuan menjaga kebaikan rakyat dan demi kepentingan negara.


“Malah perkara ini boleh dilakukan dan sedang diamalkan beberapa negara,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian ini dengan merujuk kepada amalan di Amerika Syarikat dan pendirian kerajaan campuran di Britain baru-baru ini.


“Apa salahnya kami beri pandangan ini?” soal beliau lagi.


Salahuddin berkata Pakatan Rakyat merasakan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sewajarnya mempertimbangkang perkara ini jika benar-benar mahu membawa pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini.


Itu sebab tegas beliau, pihaknya meminta agar pilihan raya umum tidak dipanggil selagi jawatankuasa pilihan khas Parlimen tidak selesai mengadakan mesyuaratnya untuk mengemukakan laporan.


“Jadi saya berpendirian bahawa itu pandangan Pakatan Rakyat... demi kebaikan negara dan rakyat.


“Jika pandangan ini tidak boleh diberikan apa status Dr Mahathir apabila beliau sendiri meminta agar Najib tangguh panggil pilihan raya?” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.