Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DR MAHADZIR KATA SEJARAH KURANG TEPAT, NAJIB KATA JANGAN CUBA NAK UBAH SEJARAH

Najib beri amaran jangan cuba nak ubah sejarah

TERKINI @ 02:42:28 PM 11-09-2011
September 11, 2011
KUALA LUMPUR, 11 Sept ─ Datuk Seri Najib Razak memberi amaran supaya jangan ada mana-mana pihak cuba mengubah sejarah dengan mengagung-agungkan mereka yang mengkhianati tanah air seperti komunis.

Dipetik Berita Harian Online, Perdana Menteri (gambar) dipetik berkata demikian ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu, Penanti di Permatang Pauh, Pulau Pinang hari ini.

Pada Selasa lalu, PAS menggesa Putrajaya agar membentuk sebuah jawatankuasa Kabinet untuk meneliti semula fakta sejarah berkaitan perjuangan kemerdekaan di sebalik kontroversi ekoran kenyataan timbalan presidennya Mohamad Sabu, bulan lalu.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, Umno telah berbohong apabila melabelkan Muhammad Indera yang turut dikenali sebagai “Mat Indera”, seorang anggota komunis - antara individu terbabit dalam tragedi Bukit Kepong pada 1950 — turut diperakui oleh kerajaan negeri Johor menerusi buku berjudul Pengukir Nama Johor.

“Jika beliau ikhlas, Najib boleh mengadakan sebuah jawatankuasa Kabinet untuk menulis semula sejarah kemerdekaan,” kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pula.

Mustafa menambah, sejarah negara perlu diteliti semula memandangkan versi rasmi hanya mengiktiraf Umno sebagai pejuang kemerdekaan.

“Perjuangan mendapatkan kemerdekaan tidak bermula dengan Umno... yang menentang British ialah Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM),” katanya.

Mustafa berkata PKMM ditubuhkan pada 1945 sedangkan Umno dibentuk setahun kemudian.
Beliau bagaimanapun mengakui peranan pemimpin-pemimpin Umno dalam perjuangan kemerdekaan sambil berkata pengasas Umno Datuk Onn Jaafar dan Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengambil pendekatan kerjasama dengan menjadi pegawai pentadbiran British.

“Bagaimanapun sejarah telah dilarikan apabila dikatakan bahawa pejuang kemerdekaan hanyalah Umno. Ia tidak betul. Jangan menafikan pejuangan lain yang dimulakan oleh PKMM,” kata Mustafa lagi.

Dipetik Bernama Online, Najib dalam ucapannya berkata, komunis zaman dahulu sememangnya zalim dan mencengkam kehidupan rakyat kerana ideologi mereka tidak memihak kepada rakyat, anti agama dan zalim.

“Sebab itulah kita menentang komunis pada zaman itu kerana mereka bertindak kejam di bumi bertuah ini,” katanya.

Perdana Menteri berkata komunis tidak memberi rakyat Malaysia demokrasi, sebaliknya kerajaan yang memerintah ketika ini menghormati proses demokrasi.


“Sebab itu adakala kita menang dan adakala kita kalah tetapi kita harap menang lebih banyak dari kalah,” katanya.

Najib berkata komunis pada masa dahulu berbeza dengan komunis zaman sekarang kerana komunis zaman dahulu tidak memberi hak kekayaan peribadi kepada rakyat.

“Komunis sekarang lain, komunis dulu lain, dulu mereka ingin kuasai negara dan sebarkan ideologi yang tak beri hak kepada rakyat.

“Kita baik dengan negara komunis sekarang kerana mereka telah tinggalkan ideologi lama mereka,” katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan sekarang menghormati suara rakyat, mengamalkan kesederhanaan dan tidak ekstrem.

Beliau berkata rakyat negara ini perlu bersyukur kerana telah memilih pemimpin yang begitu kukuh dalam meletakkan dasar negara yang kena pada tempat dan masa.

Katanya dua faktor yang meletakkan kejayaan negara ialah pemimpin terdahulu meletakkan dasar yang berpandangan jauh dan mempunyai wawasan.

“Setiap era kita ada pemimpin yang mempunyai kebijaksanaan dalam membuat keputusan dan tindakan,” katanya.

Najib berkata sebagai contoh dalam usaha mendapatkan kemerdekaan negara, pemimpin dahulu memilih jalan rundingan kerana mereka mahu penjajah keluar daripada negara ini.

“Kita memilih jalan rundingan dan muafakat untuk memuafakat dan kita tunjukkan kepada British yang kita tidak rela dijajah,” katanya.

1 orang berkata:

rakab said...

Ini dua kenyataan yang berbeza tetapi tidak bercanggah !.

Fakta tak boleh diubah tetapi boleh diperincikan.

Begitulah maksudnya.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.