Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

GESA KERAJAAN UJUDKAN PELAJARAN AKIDAH

Jom Ke Himpunan Sejuta Ummah - Menyelamatkan Aqidah Di Stadium Shah Alam

BEBERAPA Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam bermaufat dan tekad akan menganjurkan Himpunan Sejuta Ummah - Menyelamatkan Aqidah pada 22 Oktober depan tempat yang dicadangkan ialah di stadium Shah Alam.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat petang semalam, himpunan itu akan mengundang seluruh NGO Islam untuk menzahirkan kesatuan ummah Islam dalam menjaga amanah terhadap agama Islam di negara ini seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan tanpa menafikan hak agama lain.

Kenyataan ringkas itu menjelaskan latar belakang majlis berkenaan disampaikan oleh Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu, Mohd Azmi Abd Hamid (foto) yang turut dihadiri sama oleh beberapa pemimpin NGO Islam.

Menurut Azmin antara lain tujuan himpunan itu bagi menzahirkan kekuatan umat Islam di negara ini tanpa menafikan hak dan kebebasan agama lain yang dibenarkan.


"Kita masih tegaskan dalam himpunan ini jangan sesekali mencabar qidah umat Islam," tegasnya.

Selain itu tujuan himpunan itu juga bagi mengingatkan kepada rakyat negara ini, bahawa Islam ada penaungnya iaitu Raja-Raja Melayu dan semua diharap menghormati kedudukan dan institusi berkenaan.

Mengenai pengisian majlis itu jelas Azmi antaranya ia akan dipenuhi dengan pidato oleh wakil-wakil NGO. Dalam pada itu pihaknya masih mencari beberapa tokoh-tokoh Islam lain untuk ditampilkan sama pada majlis itu. "Kita mencari seberapa banyak tokoh-tokoh yang komited dengan Islam untuk hadir sama," jelasnya.

Menurutnya, satu deklarasi juga akan dikeluarkan yang akan dibaca oleh pemimpin NGO di akhir himpunan.

Dalam pada itu sebuah sekretariat telah diwujudkan bagi menggerakkan himpunan berkenaan yang boleh disifatkan yang pertama kali diadakan selepas kedudukan agama Islam dicabar akhir-akhir ini.

Beliau berharap himpunan itu akan dihadiri oleh setiap umat Islam yang sayangkan agama dan mahu mempertahankan agama Islam di negara ini tidakcuba diganggu gugat oleh mana-mana pihak.

Jelas beliau lagi himpunan itu juga dihadiri atas semangat Islam dan perpaduan kerana itu ia tidak kira ideologi dan fahaman politik.
 
Ulasan Pak Karamu: 

Apa guna bercakap pasal akidah sedangkan pelajaran akidah tidak di ajar di sekolah-sekolah dan pusat pengajian ! bercakaplah tentang akidah sampai suaranya  ke langit namun jika ia tidak di jadikan mata pelajaran di sekolah-sekolah maka usha itu adalah sia-sia

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.