Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JIKA SEOLAH-OLAH APA KE JADAHNYA TENGKU MENUNTUT KEMERDEKAAN ?

SEOLAH-OLAH KITA DIJAJAH TAPI BUKAN DIJAJAH, TENGKU MENUNTUT KEMERDEKAAN SEOLAH-OLAH KITA TIDAK MERDEKA TAPI KITA MERDEKA  ? SEOLAH-OLAH  RAJA MENGUNDANG PENJAJAH TAPI PENJAJAH TIDAKLAH MENJAJAH WALAUPUN DIA MERASAKAN DIA PENJAJAH, YANG SALAH IALAH SULTAN-SULTAN, SULTAN-SULTAN PULA SEOLAH-OLAH DIA ADALAH SULTAN TAPI MEREKA BUKAN SULTAN SEBAB MEREKA SURUH PENJAJAH BURU SULTAN YANG BERHAK JADI SULTAN, LALU DIBUANGLAH YANG BERHAK JADI SULTAN KE PULAU SICEL DI LAUTAN HINDI, SEHINGGALAH SEKARANG YANG BERHAK JADI SULTAN TIDAK JADI SULTAN TAPI MEREKA SEOLAH-OLAH MEREKALAH SULTAN

Monday, September 12, 2011

Malaysia tak dijajah.. Tun salahkan Raja-raja Melayu?

Adakah Tun menyalahkan pihak Raja-raja Melayu pula dalam hal ini kerana mereka telah memutuskan untuk mengundang British datang dan menasihati mereka bagaimana untuk mentadbir negara ini, dimana akhirnya penasihat memerintah dan pemerintah pula memberi nasihat?

Mahathir: Malaysia tak dijajah, tapi penasihat British pemerintah sebenar
SERDANG, 12 Sept — Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Malaysia tidak pernah dijajah oleh British tetapi menegaskan, penasihat-penasihat mereka telah bertindak seolah-olah pihak itu adalah pemerintah yang sebenar berbanding Raja-raja Melayu.


Bekas perdana menteri berkata British telah bertindak seolah-olah “kita dijajah.”

“Sultan-sultan telah memutuskan untuk mengundang British datang dan menasihati mereka bagaimana untuk mentadbir negara ini.

“Dari segi itu, kita tidak ditawan. Tetapi hakikatnya, apabila British berada di sini, mereka bertindak seolah-olah kita dijajah,” kata Dr Mahathir (gambar).

“Dalam lain perkataan, British tidak beri nasihat, mereka beri arahan,” kata beliau sambil menambah, penasihat memerintah dan pemerintah pula memberi nasihat.

Perdana menteri keempat ini bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran Universiti Perdana di sini hari ini.

Laporan media hujung minggu lalu menyebut berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu “tidak pernah terjajah”, sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.

Kenyataan itu yang menyusul pandangan Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim mengundang kontroversi baru.

Menurut Profesor Datuk Dr Zainal Kling, “fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British).”

“Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik,” kata beliau.

Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.

“Dinaungi tidak sama dengan kolonial... hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

“(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah,” kata beliau sambil berkata, “jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun.”

“Itu adalah kesalahan yang amat besar,” katanya.

Majlis Profesor Negara dalam kenyataannya berkata, zaman pentadbiran British yang disamakan dengan “penjajahan British” sebenarnya tidak sahih dan tidak wajar digunakan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.